awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video lelaki disamun di stesen kereta api berlaku di Brazil, bukan Segambut

Bernama
Bernama
06/05/2023
16:12 MYT
Video lelaki disamun di stesen kereta api berlaku di Brazil, bukan Segambut
Hasil semakan mendapati video itu adalah insiden yang berlaku di Brazil sebelum ini.
KUALA LUMPUR: Polis menafikan bahawa insiden seorang lelaki dirompak dan dicederakan oleh beberapa individu di sebuah stesen kereta api dalam sebuah klip video berlaku di Segambut sebaliknya menyatakan ia berlaku di Brazil.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata video berdurasi 41 saat bertajuk 'Segambut. Public transport at night' itu dikesan tular hari ini.
"Hasil semakan mendapati video itu adalah insiden yang berlaku di Brazil dan video insiden berkenaan didapati telah disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan dakwaan ia berlaku di Kuala Lumpur," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Vídeo mostra momento em que homem é esfaqueado após assalto na estação de BRT Boiúna https://t.co/XP6tuERSWH
— Marcelo Santos da silva (@Marcelo79271886) February 22, 2022
Te quiero un huevo pero te acabas de comer un bulo como una catedralhttps://t.co/m4bGmFzSsw
— Laraney (@Laraney9) April 30, 2023
Beliau juga menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan berita tidak berasas dan tidak ditentukan kesahihannya selain tidak menyebar mahupun berkongsi lanjut sebarang maklumat sedemikian untuk mengelakkan kegusaran serta keresahan dalam kalangan masyarakat.
"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang di dalam negara ini," katanya.
Klip video itu memaparkan seorang lelaki disamun oleh sekumpulan individu selain dipukul dan ditikam beberapa kali ketika mangsa cuba melawan untuk mendapatkan begnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#video tular
#rompakan
#Segambut
#polis
#Brazil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan