awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video lelaki guna bahan kimia untuk segarkan sayuran berlaku di luar negara

Bernama
Bernama
06/04/2023
09:16 MYT
Video lelaki guna bahan kimia untuk segarkan sayuran berlaku di luar negara
Siasatan Jabatan Pertanian mendapati video asal berkenaan telah dimuat naik dalam saluran YouTube pada 23 Julai 2021 oleh saluran Telugu di bawah nama Mana Family Trends. -Gambar media sosial
PUTRAJAYA: Video tular kononnya seorang lelaki menggunakan larutan kimia untuk menyegarkan kembali sayuran berdaun yang layu, tidak berlaku di Pasar Selayang, Selangor sebaliknya berlaku di luar negara, menurut Jabatan Pertanian.
Jabatan Pertanian yang mengesahkan perkara itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya mendapati kejadian itu berlaku di luar negara berdasarkan daripada bahasa yang digunakan dan nombor pendaftaran motosikal dalam video itu.
Siasatan Jabatan Pertanian mendapati video asal berkenaan telah dimuat naik dalam saluran YouTube pada 23 Julai 2021 oleh saluran Telugu di bawah nama Mana Family Trends.
"Jabatan Pertanian menasihatkan orang awam untuk tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan tersebut dan menafikan kejadian tersebut berlaku di Malaysia," menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, tular di laman sosial video berdurasi satu minit 45 saat mengenai seorang lelaki menunjukkan bagaimana larutan kimia boleh menyegarkan kembali sayuran berdaun yang layu.
Dalam video yang didakwa dirakam di Pasar Selayang itu, sayur daun berkenaan kembali segar setelah dikeluarkan dalam rendaman larutan kimia dan sayuran itu dijual oleh pelarian Rohingya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#video tular
#Rohingya
#larutan kimia
#pasar selayang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan