awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video penceramah agama hina polis adalah video lama - PDRM

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
10/03/2023
02:40 MYT
Video penceramah agama hina polis adalah video lama - PDRM
Semakan mendapati penceramah terbabit telah dituduh di mahkamah Pulau Pinang pada 26 Ogos 2016.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan video tular di media sosial yang memaparkan seorang penceramah agama menghina agensi penguatkuasa itu merupakan video lama pada tahun 2016.
Menurut Ketua Komunikasi Korporat PDRM Asisten Komisioner Skandaguru Anandan, pihaknya mengesan video berdurasi 55 saat itu kembali ditularkan di media sosial.
"Semakan mendapati penceramah terbabit telah dituduh di mahkamah di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan (Fitnah) di mahkamah majistret Barat Daya, Pulau Pinang pada 26 Ogos 2016.
"Penceramah itu juga telah dijatuhi hukuman denda sebanyak RM7,000," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Terdahulu, tular kembali di media sosial video klip penceramah berkenaan mengeluarkan kenyataan menghina dan menfitnah PDRM ketika menyampaikan ceramahnya dengan mendakwa anggota polis tidak sembahyang Jumaat kerana membuat tugasan perangkap had laju di jalan raya.
Mengulas lanjut, Skandaguru mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika memberikan sebarang kenyataan dan tidak mengeluarkan ucapan berunsur fitnah yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat.
"PDRM turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyebar atau berkongsi klip video berkenaan menerusi mana-mana platform media sosial atau berdepan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.
Topic Berkaitan
#PDRM
#video tular
#Skandaguru Anandan
#penceramah agama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan