awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video tular dua lelaki gelang 'pink' bonceng motor, rupanya...

Sinar Harian
Sinar Harian
28/07/2021
05:38 MYT
Video tular dua lelaki gelang 'pink' bonceng motor, rupanya...
Tangkap layar video dua lelaki memakai gelang merah jambu menunggang dan membonceng sebuah motosikal di tempat awam yang tular di media sosial pada Selasa. - Foto media sosial
PENDANG: Video dua lelaki memakai gelang merah jambu menunggang dan membonceng sebuah motosikal di tempat awam yang tular di media sosial sebenarnya baru selesai menjalani ujian saringan COVID-19.
Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, pihaknya membuat siasatan selepas mengesan video dimuat naik satu hantaran di Facebook sekitar jam 5 petang Selasa.
Arriz Sham berkata, video berdurasi 22 saat itu memapar dua individu terbabit sedang menunggang dan membonceng motosikal dengan memakai gelang pengawasan merah jambu di tempat awam.
"Siasatan mendapati, penunggang dan pembonceng motosikal berkenaan adalah kontak rapat kes positif COVID-19 dan diarah oleh Pejabat Kesihatan Daerah Pendang untuk hadir jalani ujian COVID-19 pada hari tersebut.
"Dua individu terbabit dipakaikan gelang merah jambu untuk kuarantin kendiri selepas selesai menjalani ujian saringan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, video itu dirakam ketika dua individu berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumah untuk kuarantin kendiri.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN: Video tular dua lelaki gelang 'pink' bonceng motor, rupanya...
Topic Berkaitan
#gelang 'pink'
#Gelang merah jambu
#COVID-19
#Facebook
#kes positif
#media sosial
#kontak rapat
#video tular
#ujian saringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan