awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM, KPT teliti aspek teknikal pelaksanaan wajib Bahasa Melayu, Sejarah
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video tular: Pemandu langgar penunggang motosikal ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
31/05/2021
23:09 MYT
Video tular: Pemandu langgar penunggang motosikal ditahan
Mohd Sohaimi berkata, pemandu lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Kota Masai pada jam 5.30 petang. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Seorang pemandu Perodua Axia yang dikatakan melanggar seorang penunggang motosikal dalam kejadian di Taman Kota Masai seperti tular di media sosial sudah ditahan polis pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, pemandu lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Kota Masai pada jam 5.30 petang.
"Kemalangan pada jam 2 petang itu dipercayai berlaku apabila Perodua Axia dari arah bertentangan telah memasuki laluan penunggang motosikal yang datang dari arah Kota Masai 2, lalu melanggarnya.
"Akibat daripada pelanggaran penunggang motosikal berusia 34 tahun telah cedera parah patah di bahagian kaki kanan dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Menurut Mohd Sohaimi, berdasarkan siasatan awal pemandu Perodua Axia terbabit dipercayai memandu dalam keadaan mengantuk menyebabkan kereta dipandunya terbabas dan melanggar penunggang motosikal itu.
"Pemandu itu didapati tiada lesen memandu. Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian. Pemandu langgar penunggang motosikal ditahan
Topic Berkaitan
#langgar
#pemandu
#video tular
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan