awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL

Sinar Harian
Sinar Harian
12/03/2025
03:10 MYT
Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Tangkap layar tular memaparkan kejadian pertengkaran di Lebuhraya EDL menghala ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sultan Iskandar.
JOHOR BAHRU: Polis sedang mengesan dua individu yang terbabit dalam insiden pertengkaran di Lebuhraya EDL menghala ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sultan Iskandar selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.
"Kejadian membabitkan seorang lelaki yang memandu Honda HR-V berwarna perak telah bertengkar mulut dengan mangsa sebelum mengacah mahu memukulnya menggunakan sebatang kayu.
"Pihak polis kini sedang mengesan kedua-dua individu berkenaan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.
Berdasarkan video berkenaan, kejadian dipercayai berlaku ketika kesesakan lalu lintas, namun punca sebenar pertengkaran masih belum dikenal pasti.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323 atau mana-mana balai polis berhampiran. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#video tular
#Lebuhraya EDL
#Raub Selamat
#pertengkaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan