Malaysia Airlines Berhad pada Sabtu menjelaskan video yang 'viral' mengenai sebuah pesawat MAS di dalam ribut pasir belum dapat disahkan.

Pengurus Kanan Komunikasi Korporat MAB Khairunisak Dzun Nurin dalam jawapan menerusi applikasi WhatsApp kepada Astro Awani berkata, kesemua pesawat MAB selamat mendarat di Jeddah.

Menurutnya, berikutan fenomena ribut pasir yang melanda Jeddah, Pegawal Trafik Udara (ATC) Jeddah mengarahkan semua pesawat berada di laluan ke landasan.

Jeddah dilanda ribut pasir sejak beberapa hari lalu menyebabkan jarak penglihatan yang terhad.

Buat masa ini, ratusan ribu jemaah haji sudah berada di Mekah dua minggu sebelum wukuf di Arafah.

Video berdurasi 15 saat itu menunjukkan sebuah pesawat MAS sedang meluncur di atas landasan ketika ribut pasir melanda Jeddah.

Rakaman video itu diambil daripada pengguna jalan raya yang berada di dalam kawasan lapangan terbang.


Sumber: YouTube