Program Perkongsian Inovasi Vendor (VIPP) bakal menjadi platform kepada syarikat anchor (induk) dan vendor untuk mengembangkan perniagaan secara rentas sektor, menyeluruh dan merangkumi pelbagai peringkat rantaian bekalan.
Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan (MED), Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata, penganjuran VIPP seiring Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) untuk merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara keusahawanan unggul melalui pengukuhan jalinan kerjasama dan penyertaan usahawan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) Bumiputera terutamanya syarikat vendor.
Jelasnya, keunikan VIPP adalah penglibatan syarikat anchor termasuk pemain industri utama yang berpotensi menjadi rakan strategik atau syarikat anchor yang baharu serta vendor untuk bekerjasama di dalam satu program.
"Ia antara lain untuk memberi maklum balas kepada pihak umum tentang di mana program vendor ini sekarang, ia memang diteruskan malah dipertingkatkan.
"Kita akan bawa sama beberapa anchor baharu dalam pelbagai sektor. Ini untuk menunjukkan program vendor ini memang diberi penekanan di bawah Malaysia Baharu.
"Kita juga akan meningkatkan akses vendor sedia ada kepada pelbagai anchor atau sektor," katanya semasa taklimat media sempena VIPP di sini, pada Khamis.
VIPP akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 12 hingga 13 November 2019.
Pada 2018, sebanyak 1094 syarikat vendor telah mendapat nilai perolehan sebanyak RM5.312 billion.
Jelasnya, VIPP akan diadakan secara tahunan yang menyediakan platform kepada syarikat anchor dan syarikat vendor untuk mempamerkan pencapaian dan kejayaan mereka sepanjang pelaksanaan di bawah Program Pembangunan Vendor (PPV) .
Turut hadir Ketua Pegawai Strategik dan Penjanaan Nilai Celcom Axiata Berhad, Muniff Kamaruddin dan Ketua Pegawai Kawalselia dan Pembangunan Masyarakat Celcom Axiata Berhad, Zuraida Jamaluddin.
Celcom merupakan penyumbang terbesar dalam penganjuran program kali ini dan antara anchor serta rakan strategik dalam inisiatif PPV.
Program yang menyasarkan kehadiran lebih 5,000 pengunjung dalam kalangan vendor tempatan dan pemain industri utama itu akan dirasmikan Timbalan Menteri MED, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli.
Pelbagai program telah disusun sepanjang penganjuran VIPP seperti perkongsian amalan terbaik dalam bidang perniagaan dan bicara keusahawanan, klinik kewangan dan bicara latihan keusahawanan.
Lebih 500 sesi padanan perniagaan dengan penglibatan 21 penceramah dan 16 syarikat anchor pada program itu nanti.
Wan Syamsul Amly
Thu Nov 07 2019
Wan Suraya (tengah) berkata, MED akan membawa sama beberapa anchor baharu dalam pelbagai sektor untuk menunjukkan VIPP diberi penekanan di bawah Malaysia Baharu. - Gambar MED
Rasuah: Kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari
Seorang kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari untuk membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah secara bulanan daripada sebuah syarikat.
28,531 calon UPKK 2023 raih 8A
28,531 daripada 230,580 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya catat keputusan cemerlang A dalam kesemua lapan mata pelajaran.
Dua individu ditahan bantu siasatan minta, terima sogokan daripada firma guaman
SPRM menahan dua individu selama empat hari bagi membantu siasatan berkaitan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman.
Operasi PeWA: JPJ Pulau Pinang sita 22 kenderaan, keluar 63 saman
JPJ Pulau Pinang menyita 22 kenderaan yang dipandu warga asing dalam Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) di Bulatan Tun Hussain Onn, Seberang Jaya.
Lisa BLACKPINK beli rumah ‘tersorok’ di Beverly Hills, harga RM19 juta
Tidak ada yang mengejutkan apabila Lisa BLACKPINK telah menambah satu lagi aset berbentuk kediaman.
Stoking tertera kalimah Allah: Hukuman penjara, denda terhadap Wai Loong dibatalkan
Hakim membenarkan semakan difailkan tertuduh supaya pengakuan bersalah dibuatnya atas pertuduhan berkenaan, bukan akuan jelas dan tanpa bersyarat.
[TERKINI] Letusan Gunung Ruang: Indonesia keluar amaran tahap tertinggi
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan amaran keselamatan ke tahap tertinggi selepas Gunung Ruang yang meletus beberapa kali di Kepulauan Sangihe kelmarin, mengeluarkan asap setinggi lebih 1.6 kilometer (km) sehingga memaksa ratusan penduduk dipindahkan.
Mengenang sumbangan dan jasa Joseph Kurup
Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah, Dr Romzi Ationg berkongsi pandangan dan memperingati sumbangan dan jasa mendiang Joseph Kurup.
Ronaldo digantung dua perlawanan kerana berkelakuan ganas
Cristiano Ronaldo digantung dua perlawanan kerana menyiku lawan dan mengancam menyerang pengadil selepas Al Nassr tewas kepada Al Hilal.
PBAPP akan lepas air dari EMD jika Sungai Muda terus menyusut
PBAPP boleh melepaskan maksimum 600 juta liter air mentah sehari (JLH) dari EMD yang berfungsi sebagai sumber sokongan kemarau apabila Sungai Muda terus menyusut berikutan cuaca kering.
Pangkalan data untuk PMKS bakal dibangunkan - Ahmad Zahid
Kerajaan akan mewujudkan satu pangkalan data yang mengandungi semua maklumat berkenaan usahawan mikro, kecil dan sederhana, yang berada di bawah 66 agensi dan institusi di negara ini.
VIPP jadi platform rentas sektor syarikat induk dan vendor - Wan Suraya
VIPP bakal menjadi platform kepada syarikat anchor (induk) dan vendor untuk mengembangkan perniagaan secara rentas sektor, menyeluruh dan merangkumi pelbagai peringkat rantaian bekalan.
DKN 2030 wujud ekosistem keusahawan holistik - Tun Mahathir
Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030 yang dilancarkan hari ini akan mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif bagi menyokong agenda pembangunan ekonomi negara.