SIAPA sangka Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Syukri punyai keupayaan vokal yang cukup hebat?

Bukan sahaja mempunyai julat vokal yang luas, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga mampu mempertahankan ‘key’ tinggi dan tempoh yang panjang, seperti mana yang dilakukannya menerusi video muzik Setia yang dilancarkan Astro AWANI, hari ini.

Katanya, beliau pernah membuat rakaman lagu sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu.


Nancy adalah antara 25 ahli politik yang turut serta dalam video muzik Setia yang dilancarkan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-61.

Turut terlibat dalam video berkenaan ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Menteri Kerja Raya, Baru Bian, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar.