DREBAR
Volkswagen Golf dengan kadar penggunaan petrol 4.3L/100km!





(Klik untuk galeri penuh)
Pengecas turbo kecil tetapi berkuasa
Dengan reka bentuk manifold ekzos yang canggih, Volkswagen telah berjaya menggabungkan satu pemampat udara single-scroll dengan satu actuator wastegate elektrik. Komponen ini mempunyai fungsi yang sangat penting iaitu membuka dan menutup injap pintas dengan cepat. Tekanan maksimum yang mampu dihasilkan adalah 1.6 bar.
Ciri-ciri utama – Trendline dan Comfortline
Antara ciri-ciri Golf TSI BlueMotion Trendline adalah skrin sentuh TFT 5 inci, sistem paparan pelbagai fungsi dengan paparan ECO, brek parkir elektronik dengan fungsi auto-hold, penunjuk tekanan udara tayar, kawalan kekunci differential XDS+, ketinggian lantai bonet boleh laras, Daytime Running Light (DRL), maklumat suhu luar kereta, cermin tepi kawalan elektrik, pengelap cermin belakang dan stereng kuasa electro-mechanical.
Golf TSI BlueMotion Comfortline pula menawarkan ciri-ciri tambahan seperti sistem ParkPilot, sistem paparan pelbagai fungsi dengan ruang untuk kad SD dan sistem amaran kepada pemandu, tempat duduk pemandu dengan sokongan tulang belakang, laci penyimpanan barang di bawah tempat duduk hadapan, soket 12-V ditempat penyimpanan barang dan stereng serta tombol gear yang dibalut kulit.


Harga:
Diantara model-model BlueMotion yang ditawarkan oleh Volkswagen, varian TSI menawarkan harga paling rendah. Di German, Golf TSI BlueMotion dijual dengan harga €20,450 dan menawarkan ciri-ciri seperti 7 beg udara, sistem brek automatik post-collision, fungsi start/stop dengan sistem pemulihan kuasa brek, spoiler belakang, suspensi sport (ketinggian kereta turun 15mm) dan rim 15 inci BlueMotion “Lyon”.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami