Skip to main content

Gaya Hidup

Volvo kembangkan lagi konsep ‘Lounge Console’

Volvo-child-seat-main-2.jpg.aspx

Sekarang, keselamatan kanak-kanak ketika di dalam kenderaan adalah sesuatu yang diambil berat berbanding tahun-tahun sudah. Bukan sedikit insiden-insiden di mana penumpang – terutamanya kanak-kanak – dilaporkan terlontar keluar daripada kereta apabila berlakunya kemalangan semata-mata kerana ibu bapa atau penjaga tidak memakaikan penumpang kecil tali pinggang keselamatan, ataupun tidak ditempatkan di dalam kerusi keselamatan kanak-kanak.

Volvo pula baru-baru ini telah mengembangkan lagi kelebihan model XC90 Excellence dan konsep Lounge Console yang ditunjukkan di Shanghai sebelum ini.

Idea baharu ini meletakkan kerusi keselamatan untuk kanak-kanak di ruang kosong setelah tempat duduk penumpang hadapan dikeluarkan. Pembaharuan ini memberikan tiga kelebihan utama: memudahkan untuk memasuk dan mengeluarkan kanak-kanak tersebut dari segi ergonomik dan keselesaan, menyediakan tempat duduk selamat yang memandang ke belakang kepada kanak-kanak tersebut, dan membolehkan ruang untuk barangan yang diperlukan oleh kanak-kanak tersebut seperti botol susu, lampin dan tuala.

Di samping itu, kerusi keselamatan ini turut boleh disandarkan agar lebih selesa apabila kanak-kanak  atau bayi tersebut hendak tidur.

[Lihat semula ideal awal konsep 'Lounge Console' oleh Volvo di sini]

Mengikut pakar-pakar, kanak-kanak kecil harus diletakkan di dalam kerusi keselamatan yang menghadap ke belakang untuk selama yang boleh (sekurang-kurangya hingga berumur tiga atau empat tahun). Ini kerana pada umur sebegini otot di tengkuk mereka masih belum kuat untuk menanggung kejutan yang terlibat ketika kerlakunya perlanggaran.

Advertisement

Must Watch Video