Astro Publication
Thu Aug 14 2014
Hanya kurang dua minggu sahaja lagi sebelum Volvo mempersembahkan model XC90 generasi terbaru. Kalau melihat dari segi perspektif masa secara relatif, dua minggu ini umpama 7 saat. Maklumlah, Volvo XC90 mula dijual awal tahun 2002, dan kekal dalam satu generasi sejak itu.
Sebagai pengguna, harapan kami pada XC90 baru ini sungguh tinggi. Model inilah yang benar-benar mempopularkan segmen SUV, dan sedikit sebanyak membawa Volvo keluar daripada ‘dunia’ sedan mereka. Dengan kejayaan XC90 semenjak itu – dan pertukaran milik Volvo daripada Ford ke syarikat China, Geely – bagaikan memberi motivasi untuk syarikat itu untuk lebih berani dalam rekaan produk-produk mereka.
Model XC90 yang bakal diumumkan ini akan menjadi model yang pertama dari sirinya yang menggunakan casis modular Scalable Product Architecture (SPA). Ini merupakan satu usaha yang dibangunkan oleh Volvo secara sendiri dan telah mengambil masa 4 tahun.
SPA akan menjadi tulang belakang kepada XC90 dan model-model lain yang mendatang. Casis yang boleh digunapakai oleh beberapa model berlainan, mungkin juga dalam segmen berbeza, sudah merupakan satu amalan biasa di dalam industri automotif. Dan sepertimana yang dijelaskan oleh Volvo sendiri, ia memberi kelebihan dari segi membandingkan kos pembangunan sesebuah model yang modular kepada sesuatu yang dibangunkan dari bawah.
Ia juga dapat menjanjikan lebih penyelarasan komponen diantara setiap model yang akan datang. Menyentuh tentang itu, XC90 adalah hasil daripada komponen-komponen unik; sehingga 90% direka khusus untuk generasi kedua SUV ini.
Kelebihan lain yang disebut oleh Volvo khusus bagi menggambarkan kejuruteraan tinggi pada XC90 ini adalah pengurangan berat dan pengagihan berat tersebut untuk pengedalian terbaik tanpa memudaratkan faktor keselesaan.
Ruang kabin juga ditambah hasil daripada rekaan kerusi secara inovatif. Sebagai sebuah SUV untuk 7 penumpang, mereka yang duduk di kerusi barisan ke-3 mendapat ruang yang lebih dan cukup walaupun penumpang setinggi 170sm.
Enjin
Beberapa varian enjin Drive-E disediakan, semua direka untuk memberikan prestasi dan penggunaan minyak yang seimbang. Enjin dengan kapasiti 2 liter (petrol dan diesel) mendapat bantuan turbo.
Bahkan, varian XC90 yang utama menggunakan enjin 4 silinder ini lengkap dengan super- dan turbocharger, dan ditambah lagi dengan motor elektrik. Volvo mendakwa enjin ini mampu untuk menjana sehingga 400hp, pada masa sama menghasilkan gas ekzos karbon dioksida hanya sebanyak 60g/km.
Ini satu pencapaian yang sangat baik berbanding pengeluaran gas CO2 oleh model S60 T4 iaitu sebanyak 193g/km. (Nota: Ini sahaja spesifikasi varian yang paling hampir kepada enjin Drive-E ini. XC90 yang dijual sekarang di Malaysia menggunakan enjin 5 silinder 2.5 liter)
Rekaan
Pihak syarikat telah menunjukkan gambar-gambar terperinci bahagian kabin SUV baru mereka tetapi tidak bagi rekaan luarnya. Bijak sungguh mereka; menggoda kami dengan kabin yang kelihatan sungguh memikat tetapi menyekat rupa keseluruhan XC90.
Yang ada cuma sekeping gambar lampu hadapan, yang diberi gelaran ‘Thor’s Hammer’ oleh pasukan perekanya berdasarkan bentuk ‘T’ yang ada (gambar utama).
Jika hendak meneka rupa XC90 yang sebenar, contoh yang Volvo mungkin ingin kita semua kaitkan ialah Konsep XC Coupe (gambar di bawah). Jika model baru itu sekadar 20% menyerupai Konsep tersebut, memang menarik lah kan? Dua minggu lagi sebelum Volvo XC90 terbaru ini dipertontonkan kepada dunia. Dua minggu sahaja.
(Klik sini untuk koleksi gambar kabin XC90 baru)
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Video ‘pancing’ Civic Type R baru
Konsep dan idea yang sangat inovatif – watak-watak berbeza Civic dan Type R baru dipersembahkan dengan sempurna
Volvo XC90 bakal muncul lagi dua minggu
Bagaimana rupa XC90 yang akan datang? Kenapa dalamnya ada SPA? Baca di sini