PUTRAJAYA: Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) baharu ke Thailand dan Kemboja akan mula beroperasi mulai 15 Mac sebagai sebahagian daripada usaha bersama ke arah pembukaan semula sempadan antarabangsa.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata pengembara yang telah divaksin sepenuhnya akan dibenarkan melalui laluan itu, tanpa perlu menjalani kuarantin semasa ketibaan.
"Laluan VTL baharu ini dijangka dapat membantu memulihkan semula jaringan ekonomi terutamanya dalam sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19," kata Wee dalam kenyataan di sini hari ini.
Wee berkata bagi Thailand, syarikat penerbangan yang ditetapkan dari kedua-dua negara dibenarkan beroperasi sehingga enam penerbangan setiap hari bagi laluan Kuala Lumpur-Bangkok dan sehingga empat penerbangan setiap hari bagi laluan Kuala Lumpur-Phuket.
Bagi negara Kemboja, beliau berkata syarikat penerbangan yang ditetapkan dari kedua-dua negara dibenarkan beroperasi sehingga dua (2) penerbangan setiap hari bagi laluan Kuala Lumpur-Phnom Penh.
Wee berkata laluan baharu untuk kedua-dua negara boleh ditambah dari semasa ke semasa tertakluk kepada permintaan pasaran.
Laluan VTL ini akan dikendalikan oleh semua syarikat penerbangan yang ditetapkan di bawah inisiatif VTL.
Beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) dan protokol kesihatan yang berkaitan akan dikeluarkan oleh agensi masing-masing dalam masa terdekat dan pengembara diingatkan supaya mematuhi protokol kesihatan secara bertanggungjawab untuk menikmati kemudahan VTL itu.
Wee berkata kerajaan akan meneruskan perbincangan dengan semua negara jiran ASEAN mengenai pembukaan semula laluan tambahan yang selamat pada masa hadapan mengikut situasi semasa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 05 2022
Menurut Wee, pengembara yang telah divaksin sepenuhnya akan dibenarkan melalui laluan itu, tanpa perlu menjalani kuarantin semasa ketibaan.- Gambar fail/BERNAMA
Muhammad Hakim Danish naik podium di GP Sepanyol
Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan peningkatan prestasi apabila menamatkan perlumbaan 2 Grand Prix (GP) Sepanyol bagi saingan Rookies Cup di kedudukan podium hari ini.
10 Berita Pilihan - (28 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Inspektor ditahan kerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Dek Wan' terus menyinar di Maghribi
Dek Wan mempamerkan larian bertenaga dengan mencatat masa 12.52 saat (s) untuk meninggalkan Taha Al Harrasi (12.65s) dari Oman.
Piala Thomas: Malaysia tempah slot ke suku akhir
Malaysia berjaya menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Algeria dengan kemenangan 5-0 dalam saingan Piala Thomas di Chengdu, China sebentar tadi.
Thailand: Enam muka baharu sertai Kabinet Srettha
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin melantik enam menteri kabinet baharu.
Anwar bertemu PM Jordan, tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Pada pertemuan itu, Perdana Menteri turut menekankan kepentingan memastikan Israel dipertanggungjawabkan terhadap kekejamannya di Palestin.
Lebih ramai atlet dijangka layak ke Paris 2024
Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 terus diperkuat dengan empat lagi atlet berjaya mengesahkan slot ke temasya terbesar dunia itu minggu ini, menjadikan sejumlah 10 atlet layak setakat ini
AWANI Ringkas: Polis sahkan Chegu Bard direman dua hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pegawai kastam maut dalam kemalangan babit tiga kenderaan
Seorang pegawai kastam maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 18.2 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara, semalam.
VTL Thailand dan Kemboja: Malaysia sudah bersedia, setanding negara maju - MATA
Minggu lalu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mengumumkan laluan baharu VTL ke Thailand dan Kemboja, selepas Singapura.
PRN Johor: Pengundi mula pulang dari Singapura untuk tunai tanggungjawab
Menjelang hari pengundian platform bas VTL di Larkin Sentral dipenuhi penumpang yang pulang ke tanah air dari Singapura antaranya mahu menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
PRN Johor: Sukarelawan bantu bawa masuk undi pos rakyat Johor di Singapura guna VTL darat
Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menjalin kerjasama bagi memudahkan urusan rakyat Johor yang berada di Singapura menjalankan tanggungjawab mereka mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
SOP ulang alik harian ke Singapura dimuktamad minggu depan - Khairy
Perkara itu dijangka akan dimuktamadkan minggu hadapan selepas penelitian beberapa aspek dibuat termasuk perbincangan dengan pihak berkuasa negara berkenaan.
Pembukaan sempadan: PM akan umum minggu depan - Khairy
Mesyuarat Kabinet pada Jumaat telah bersetuju dengan keputusan itu.
VTL: Laluan baharu antara Malaysia-Thailand-Kemboja bermula 15 Mac
Pengembara yang telah divaksin sepenuhnya akan dibenarkan melalui laluan itu, tanpa perlu menjalani kuarantin semasa ketibaan.
Malaysia runding VTL dengan 12 negara termasuk Korea Selatan, Australia, UK
Kerajaan sedang mengadakan rundingan dengan 12 negara bagi cadangan pelaksanaan kerjasama Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL), kata Kementerian Luar.
Miri, Limbang, Lawas antara daerah dapat manfaat pelaksanaan VTL bersama Brunei
Ini adalah merupakan sebahagian usaha kerajaan untuk mengangkat kembali ekonomi tempatan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Buka sempadan: Malaysia, Thailand setuju laksana VTL
Malaysia dan Thailand bersetuju perbincangan agensi digiatkan untuk buka semula sempadan kedua-dua negara.
Singapura-Malaysia bincang perluas VTL darat untuk kenderaan persendirian
Singapura sedang berbincang dengan Malaysia mengenai memperluaskan pengaturan Laluan Perjalanan Bervaksin (VTL) darat untuk kenderaan dan koc persendirian.