Wajah anda dalam video AI? YouTube perkenal sistem pengesanan baharu

YouTube kini menguji ciri Likeness Detection yang mengesan penggunaan wajah pengguna dalam kandungan AI, mirip sistem Content ID tetapi khusus untuk pengecaman wajah. -Foto Amanz
APLIKASI Sora menunjukkan betapa mudahnya video palsu boleh dijana untuk membuatkan yang palsu nampak seperti benar.
Ringkasan AI
- Aplikasi Sora dan pelayar AI lain menunjukkan betapa mudahnya video palsu dijana, mendorong YouTube memperkenalkan ciri baharu untuk kawal penyalahgunaan.
- YouTube kini menguji ciri Likeness Detection yang mengesan penggunaan wajah pengguna dalam kandungan AI, mirip sistem Content ID tetapi khusus untuk pengecaman wajah.
- Pengguna perlu memuat naik kad pengenalan dan video wajah untuk pengesanan, dan akan menerima notifikasi jika wajah mereka digunakan dalam video AI; ciri ini masih dalam fasa Beta untuk ahli YouTube Partner Program.
Ia berfungsi sama seperti sistem Content ID tetapi dengan tab untuk mengesan wajah anda.
Pengguna perlu memuat naik kad pengenalan diri dan mengambil video pendek wajah dari beberapa sudut. Data ini kemudiannya digunakan untuk mengesan sama ada wajah ada digunakan dalam video janaan AI.
Apabila dikesan, anda akan menerima notifkasi sama seperti jika video anda dimuat naik saluran lain menerusi Content ID.
Ciri ini masih di peringkat ujian Beta dan dibuka kepada pengkarya yang terlibat dengan YouTube Partner Program. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami