awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wajibkan individu langgar SOP buat khidmat masyarakat - Gerakan

Bernama
Bernama
18/12/2021
10:54 MYT
Wajibkan individu langgar SOP buat khidmat masyarakat - Gerakan
Presidennya Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata ia adalah antara alternatif hukuman sebelum tindakan menaikkan kadar kompaun melalui pindaan kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) dilaksanakan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Parti Gerakan mencadangkan agar individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 diwajibkan menjalani khidmat masyarakat di tempat seperti Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Presidennya Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata ia adalah antara alternatif hukuman sebelum tindakan menaikkan kadar kompaun melalui pindaan kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) dilaksanakan.
"Melalui kaedah ini, Kementerian Kesihatan (KKM) boleh menambah baik kekurangan tenaga kerja di PPV dan boleh menghukum orang yang melanggar SOP tanpa mengira kelas.
"Tidak kira sama ada anda golongan bawahan mahupun CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) sebuah syarikat, selagi anda melanggar SOP, anda mesti melakukan khidmat masyarakat," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat parti itu, hari ini.
Sehubungan itu, Lau berkata Gerakan tidak bersetuju dengan kenaikan kadar kompaun seperti yang akan dilaksanakan oleh KKM melalui pindaan kepada Akta 342 kerana membebankan individu dan peniaga.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata Gerakan menyokong penuh tindakan kerajaan melaksanakan Pelaksanaan Umur Kelayakan Pengundi 18 Tahun dan Pendaftaran Pemilih Secara Automatik (PPSA) pada 1 Jan depan.
Oleh itu, katanya Gerakan melalui Pemuda parti akan memberi khidmat pendidikan kepada golongan belia sebagai langkah persediaan untuk mengundi antaranya berkaitan pemeriksaan kad pengenalan, kertas undi dan lokasi undi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#langgar SOP
#prosedur operasi standard
#COVID-19
#khidmat masyarakat
#PPV
#Pusat Pemberian Vaksin
#Dominic Lau Hoe Chai
#GERAKAN
#Akta 342
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan