KUALA LUMPUR :Kerajaan membuat keputusan tepat apabila mewajibkan semua pekerja asing di Malaysia menjalani saringan COVID-19 bermula 1 Disember lepas.
Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, dengan kes sudah melepasi angka 100,000, beliau berharap majikan dan pekerja asing dapat memberikan kerjasama kepada kerajaan.
Menurutnya, majikan juga perlu memberikan maklumat tepat kepada pekerjanya tentang bahaya COVID-19 supaya mereka lebih mudah memberikan kerjasama.
“Ramai pekerja asing tidak fasih Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Saya rasa majikan harus memilih satu kaedah yang terbaik untuk memastikan informasi, maklumat betul dapat disebarkan kepada pekerja mereka.
“Salah satu yang boleh dibuat, kita tahu pekerja asing ada daripada Bangladesh, India dan Myanmar. Saya harap sekiranya ada masalah untuk komunikasi dalam Bahasa Melayu, majikan bolehlah mengupah penterjemah.
BACA: Majikan gagal lakukan saringan terhadap pekerja asing akan dikenakan tindakan
“Jadi, semua informasi kepada mereka dalam mengetahui kepentingan saringan ini bolehlah disampaikan kepada mereka dalam bahasa yang mereka faham,” katanya ketika bersiaran secara langsung dalam Buletin AWANI pada Jumaat.
Tambahnya, pemantauan terhadap pekerja asing juga wajar diberikan perhatian.
Jelasnya, tidak salah sekiranya seorang pekerja asing dilantik untuk menjadi ketua dan melakukan pemantauan supaya semua pekerja faham situasi dihadapi dan bersedia tampil ke hadapan untuk menjalani saringan.
Kes positif COVID-19 dalam negara melepasi angka 100,000 semalam dengan 1,581 kes baharu.
BACA: COVID-19: Cecah 100 ribu kes, masyarakat perlu lebih waspada! - KP Kesihatan
Sepanjang bulan Disember, Malaysia hanya merekodkan angka harian tiga digit untuk dua hari, dengan selainnya angka empat digit.
Menurut unjuran Institute for Health Metrics and Evaluation (IHME), kes harian negara dijangka mencecah 5,000 pada hujung Februari depan.
Astro Awani
Fri Dec 25 2020

Kerajaan mengarahkan semua pekerja asing menjalani saringan COVID-19 selepas kes meningkat mendadak baru-baru ini. - Gambar fail/BERNAMA

KPT tubuh jawatankuasa khas tangani masalah sosial mahasiswa
KPT menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Khas Menangani Masalah Sosial Mahasiswa bagi meneliti dan menangani masalah sosial semasa dalam kalangan mereka.

Eksport, import Malaysia pada Januari 2021 terus catat pertumbuhan positif
Jumlah eksport Malaysia meneruskan momentum positif selama lima bulan berturut-turut, berkembang 6.6 peratus daripada RM84.1 bilion pada Januari 2020 kepada RM89.6 bilion.

Sidang Parlimen dan darurat: Satu tinjauan perundangan
Sekiranya Parlimen dipanggil untuk bersidang semula, ahli-ahli Parlimen haruslah menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk berperanan sebagai medium semak dan imbang'.

Ketepikan perbezaan, terus bersatu menentang COVID-19 - Halimah Sadique
Katanya, rata-rata rakyat Malaysia kekal teguh sebagai sebuah masyarakat dan ia perlu diteruskan sehingga peperangan menentang musuh halimunan tersebut selesai.

Operasi penguatkuasaan perlu ada empati
Dalam kerangka peraturan WBB yang lebih longgar, pihak berkuasa harus juga menerapkan sikap dan pendekatan yang fleksibel dalam menangani ketidakpatuhan.

MyCC kenakan denda RM10.3 juta terhadap Dagang Net
Dagang Net Technologies Sdn Bhd telah menyalahgunakan kedudukan dominannya melalui perjanjian secara eksklusif.

COVID-19: Rakyat Malaysia antara dua kes baharu penularan tempatan di Singapura
Lelaki itu yang tiba dari Malaysia pada 23 Dis tahun lepas menerima dos pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech pada 22 Jan dan dos kedua pada 14 Feb.

AWANI Ringkas: Pesakit COVID-19 boleh diarah pakai gelang pengesan

"Tidak sedar sudah selesai" - Reaksi Ismail Sabri selepas menerima suntikan pertama vaksin COVID-19
Ismail Sabri mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan berita palsu berhubung keselamatan vaksin.

COVID-19: Denda RM10,000 langgar PKP keterlaluan dan kejam - Hannah Yeoh
Beliau menyifatkan hukuman yang diumumkan Menteri Kanak Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu sebagai kejam dan keterlaluan.

COVID-19: 'Tidak perlu wajibkan vaksinasi, beri ruang rakyat faham dan pilih' - Lam Thye
Penjelasan mengenai kebaikan vaksin perlu diperhebat terlebih dahulu agar rakyat memahami tanggungjawab mereka dalam memerangi COVID-19.

Vaksin COVID-19 bawa sinar harapan buat rakyat Malaysia - Lee Lam Thye
Penerimaan kumpulan pertama bekalan vaksin COVID-19 hari ini membawa sinaran harapan buat seluruh rakyat Malaysia dalam perjuangan mengekang penularan wabak itu.

Aduan mengenai gangguan seksual oleh polis perlu disiasat dengan adil - Lee
Lee berkata, sekiranya ia didapati benar-benar berlaku, tindakan yang sewajarnya perlu diambil secepat mungkin.

Tahun Baharu Cina: Hadapi cabaran dengan ambil semangat lembu logam - Lee Lam Thye
Mengikut kepercayaan masyarakat Cina juga, lembu mempunyai gambaran yang sangat positif dan lambang ketekunan, kesyukuran dan kesetiaan.

Penempatan pekerja: Bincang dengan majikan, pemaju - Lee Lam Thye
Cadangan menempatkan pekerja di hotel adalah tidak sesuai memandangkan kos yang terlalu tinggi.

MKN perlu kaji semula SOP sambutan Tahun Baharu Cina - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye berkata SOP yang diikuti rakyat Malaysia setakat ini adalah logik dan pasti akan memenuhi objektifnya iaitu mencegah penularan COVID-19.

Kemerosotan kedudukan Malaysia dalam CPI perlu dipandang serius - Lee Lam Thye
Lee berkata langkah-langkah bersepadu dapat diambil untuk mengurangkan gelaja tersebut melalui penguatkuasaan ketat undang-undang yang sedia ada dan menerusi pendidikan awam.

Sikap alpa pihak berwajib berkaitan penyelenggaraan jalan raya harus berakhir
Rakyat semakin kecewa dengan kisah keadaan jalan raya yang menyedihkan berikutan dua kes kematian yang disebabkan oleh jalan berlubang.

Bina bonggol: Jangan ambil tindakan sendiri - Lee Lam Thye
Penduduk setempat diminta supaya tidak mengambil tindakan sendiri termasuk membina bonggol bagi mengatasi masalah pergerakan kenderaan laju di kawasan perumahan mereka.

PBT perlu tampil bantu penjaja di lampu isyarat - Lee Lam Thye
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran membantu penjaja di lampu isyarat dengan menyediakan tapak perniagaan yang sesuai dan strategik.