KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mengkaji untuk mewajibkan pelaksanaan Sistem upah yang dikaitkan dengan produktivti (PLWS) di negara ini bagi memastikan pampasan yang adil kepada pekerja.
Ahli majlis Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) Datuk Dr AT Kumararajah berkata gesaan itu bertujuan untuk memaklumkan bahawa sistem gaji di Malaysia semakin ketinggalan zaman dan perlu diubah supaya aspirasi negara untuk menjadi negara berpendapatan tinggi, tercapai.
"Kita bercita-cita untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, kita sudah berada di situ pada peringkat berpendapatan sederhana atau berpendapatan sederhana tinggi...satu cara untuk mencapainya ialah dengan melaksanakan sistem gaji berkaitan produktiviti.
"...selagi kita tidak memasukkan produktiviti ke dalam sistem gaji kita, syarikat masih akan mementingkan hanya keuntungan dan seterusnya akan mengekalkan gaji yang lebih rendah dan saya fikir kerajaan harus mewajibkannya," katanya yang menjadi tetamu dalam rancangan bual bicara terbitan Bernama TV, The Brief pada Isnin.
Beliau menjawab soalan mengenai isu paling mendesak yang dihadapi pekerja sempena sambutan Hari Pekerja semalam yang bertemakan Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia MADANI.
Sementara itu, mengulas mengenai tema sambutan Hari Pekerja tahun ini, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia Mohd Effendy Abdul Ghani berkata ia menunjukkan betapa pentingnya pekerja dalam menyumbang kepada pembangunan bukan sahaja organisasi mereka tetapi juga kepada ekonomi negara.
"Seperti yang kita ketahui, konsep Malaysia MADANI, memberi tumpuan terutamanya kepada tadbir urus yang baik, pembangunan mampan dan keharmonian kaum di negara ini, dan enam rukun utama iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan.
"Ini boleh diterjemahkan oleh majikan untuk memastikan kesejahteraan, kebajikan dan kepentingan pekerja, di mana pekerja adalah aset kepada syarikat serta membantu meningkatkan ekonomi negara," katanya dalam program tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 01 2023
KUMARARAJAH: Selagi kita tidak memasukkan produktiviti ke dalam sistem gaji kita, syarikat masih akan mementingkan hanya keuntungan dan seterusnya akan mengekalkan gaji yang lebih rendah. - Gambar fail/Astro AWANI
Malaysia sertai Persidangan Antarabangsa Menteri-Menteri Kebudayaan di Turkmenistan
Malaysia merupakan antara negara yang menghadiri Persidangan Menteri-Menteri Kebudayaan Antarabangsa yang bermula semalam di Ashgabat, kata Duta Turkmenistan ke Malaysia M. Mashalov.
California terus berada di kedudukan teratas dalam kadar pengangguran di AS
California terus menerajui Amerika Syarikat (AS) dalam jumlah kehilangan pekerjaan sejak awal tahun ini.
KUSKOP seru setiap agensi perkasa operasi perbankan digital, khususnya AI
Semua agensi di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi diseru memperkasa operasi perbankan digital masing-masing khususnya melibatkan bidang kecerdasan buatan (AI).
Cecah 43 celcius, elak dehidrasi, strok haba
Beberapa jemaah Malaysia bakal haji akui cuaca begitu panas di Mekah sekarang, tetapi mereka mengambil langkah waspada untuk tidak terdedah dengan cuaca di luar bagi mengelak dehidrasi dan strok haba sebagaimana disarankan Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Faisal Halim tunjukkan kesembuhan positif - Adam
Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim, kini menunjukkan tanda-tanda kesembuhan yang positif.
Setiap hari terpaksa 'berperang' dengan ribuan lalat
Penduduk Flat Taman Sintar Indah, Nibong Tebal tidak mampu lagi bertahan dengan 'kehadiran' ribuan lalat setiap hari yang telah menganggu kehidupan seharian mereka.
PBT diingatkan guna peruntukan secara telus - KPKT
KPKT memberi peringatan kepada semua agensinya terutama pihak berkuasa tempatan (PBT) agar melaksanakan semua projek yang mendapat peruntukan kementerian secara telus dan mengikut piawaian ditetapkan.
Jenazah Allahyarham Konstable Muhammad Syafiq selamat dikebumikan
Jenazah korban serangan Balai Polis Ulu Tiram, Allahyarham Konstable Muhammad Syafiq Ahmad Said, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu 8, Jalan Gambang, Kuantan pada Sabtu jam 5.50 petang.
Cuepacs yakin semua penjawat awam sedia terima teguran
Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata setiap pandangan terhadap penjawat awam bertujuan untuk memperbaiki atau menambah baik sesuatu perkara yang mungkin terdapat kelemahan.
Pelajar UMT maut, rakan parah MPV terbabas di LPT2
Kejadian menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Malaysia berpotensi menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2030 - Amro
Malaysia berdedikasi untuk menarik syarikat berteknologi tinggi dan menggalakkan kemajuan rantaian nilai dalam industri sedia ada.
Malaysia berada di landasan untuk jadi negara berpendapatan tinggi pada akhir dekad ini - AMRO
Malaysia disokong oleh aliran masuk FDI yang kukuh dan sektor pembuatan yang rancak terutama dalam industri semikonduktor.
KMF 2023: Nilai semula sistem 'patronage', ganjaran kepada penyokong parti politik
Amalan memberi konsesi atau kontrak kepada kumpulan yang terpilih, bukan sesuatu sistem ekonomi yang inklusif dan sofistikated.
Kerajaan persiap negara tempuh fasa kedua KSP RMK12 - PM Anwar
Sebanyak 17 anjakan dan 71 inisiatif utama telah diperkenalkan bagi memastikan keberhasilan perkara disasarkan tersebut.
Ekonomi Madani perlu dilaksana dengan tekad, bebas Malaysia daripada perangkap negara berpendapatan sederhana - Gabenor BNM
Abdul Rasheed berkata, dasar ekonomi serta kewangan hari ini bakal menentukan hala tuju dan trajektori pembangunan pada masa hadapan.
Wajibkan sistem upah berkait produktiviti - Ahli Majlis NCCIM
Gesaan itu bertujuan untuk memaklumkan bahawa sistem gaji di Malaysia semakin ketinggalan zaman dan perlu diubah.
Kementerian Ekonomi tumpu tiga perkara utama bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi
Kerajaan akan memberi tumpuan kepada tiga perkara utama tahun ini bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi pada 2026.
HRD Corp kini aset penting negara perkasakan program modal insan
Sebagai platform sehenti nasional pertama negara, UpskillMalaysia, HRD Corp bakal menampilkan senarai komprehensif program latihan dan pembangunan kemahiran yang ditawarkan oleh Kerajaan Malaysia.
RMK-12: Kerajaan peruntuk RM400 bilion untuk projek sambungan, baharu - Ismail Sabri
Kerajaan ambil pendekatan whole-of-nation approach, melibatkan seluruh jentera dan agensi kerajaan, industri serta masyarakat.
RMK-12: Tiada jalan lain, perlu guna teknologi termaju untuk capai negara berpendapatan tinggi - PM
Melalui RMK-12, langkah mempercepat penggunaan teknologi dan inovasi akan ditumpukan kepada pendigitalan dan teknologi termaju, termasuk teknologi 4IR.