SEREMBAN: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri ini supaya tidak berbalah dan mengamalkan politik dendam, sebaliknya fokus kepada agenda membangunkan negeri dan menyejahterakan rakyat.
Baginda menegaskan mandat diberikan oleh rakyat merupakan amanah yang perlu diterjemahkan dengan penuh tanggungjawab.
"Jangan berbalah dan mengamalkan politik dendam yang akhirnya menyimpang daripada matlamat utama untuk memajukan negeri yang tercinta ini," titah baginda pada Persidangan Kedua (Perasmian) Penggal Pertama DUN Negeri Sembilan yang ke-15 di sini hari ini.
Turut berangkat Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.
Tuanku Muhriz bertitah kewajipan yang diberikan perlu dilaksanakan dengan penuh integriti dan akauntabiliti serta mengutamakan kepentingan negeri tanpa ada agenda kepentingan politik atau peribadi.
Baginda bertitah semua ahli politik perlu sensitif dengan hasrat dan pandangan rakyat yang disuarakan menerusi pelbagai ruang dan platform yang tersedia.
"Ketahuilah bahawa kamu sentiasa diperhati dan dinilai oleh rakyat, berbahas dan berhujahlah secara rasional dan intelektual atas perkara-perkara yang boleh membawa kebaikan dan manfaat bersama dengan mematuhi peraturan tetap Dewan sepanjang persidangan berlangsung.
"Beta mengingatkan ahli-ahli dewan yang mulia ini agar sentiasa menghayati, melindungi, memelihara dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan," titah baginda.
Dalam pada itu, Tuanku Muhriz bertitah perkara utama perlu dilihat adalah masalah rakyat yang masih dibelenggu dengan isu kos sara hidup, peluang pekerjaan dan jurang pendapatan antara kawasan bandar dan luar bandar.
Baginda bertitah kerajaan negeri telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan rakyat tidak terlalu terbeban dengan kenaikan harga barang dan memperoleh bekalan makanan mencukupi.
"Untuk tujuan ini, pelbagai program pemerkasaan ekonomi rakyat dilaksanakan meliputi pembangunan tanah terbiar, bantuan modal perniagaan, pensijilan industri halal kotej, bantuan peralatan tangkapan ikan kepada nelayan pantai, pemberian elaun sara hidup bulanan kepada pelajar universiti, pemberian subsidi Rumah Harapan dan sebagainya.
"Di samping itu juga, kerajaan negeri telah melaksanakan inisiatif Jualan Harga Ladang Negeri Sembilan Prihatin bagi menangani isu kekurangan bekalan dan kenaikan harga barangan asas. Melalui inisiatif ini, rakyat di negeri ini dapat membeli barangan keperluan dengan harga 20 hingga 30 peratus lebih murah daripada harga pasaran," titah baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 09 2023
Tuanku Muhriz menegaskan mandat diberikan oleh rakyat merupakan amanah yang perlu diterjemahkan dengan penuh tanggungjawab. - Gambar Bernama
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kenyataan Abdul Hadi libatkan Raja-Raja Melayu tidak beretika, demi kepentingan politik
Kenyataan Abdul Hadi bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana tokoh politik itu pernah melakukan perkara serupa kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 8 Januari 2024.
33 juta rakyat Malaysia jadi keutamaan Sultan Ibrahim
Sultan Ibrahim bertitah, keutamaan baginda bukan untuk menjaga kepentingan politik 222 wakil rakyat, tetapi 33 juta rakyat Malaysia.
Jangan politikkan isu Palestin, pesan Perdana Menteri
Beliau faham masing-masing ada pendirian dan mungkin ia berbeza namun isu tersebut tidak harus menjadi modal politik.
Wakil rakyat jangan amal politik dendam - Tuanku Muhriz
Tuanku Muhriz bertitah kepada semua ADUN negeri ini supaya tidak berbalah dan mengamalkan politik dendam, sebaliknya fokus kepada agenda membangunkan negeri dan menyejahterakan rakyat.
Isu 3R boleh timbulkan mudarat jika dimanipulasikan - Ahli akademik
Isu 3R yang menyentuh kaum, agama dan institusi diraja adalah perkara penting yang boleh menimbulkan mudarat sekiranya dimanipulasikan.
Larangan ahli politik ceramah di masjid, surau bantu redakan suhu politik - Fahmi
Tindakan beberapa negeri menguatkuasakan larangan kepada mana-mana ahli politik untuk mengadakan ceramah atau kuliah di masjid dan surau dilihat mampu membantu meredakan suhu politik negara.
"Saya tidak pernah lihat badan kehakiman negara bebas seperti hari ini" - Tun Musa
Institusi kehakiman negara hari ini sangat tegas sehingga mencetuskan kemarahan banyak pihak, tegas Musa.
Letakkan kepentingan rakyat mengatasi politik peribadi - Raja Perlis
Tuanku Syed Sirajuddin menuntut semua pemimpin memainkan peranan sebagai mata dan telinga rakyat agar setiap isu diberi penyelesaian terbaik.
Tiada keperluan perjanjian baharu untuk Sabah, Sarawak - Maximus Ongkili
Lebih baik mengkaji MA63 dan memperbaiki segala kelemahan dan melihat bagaimana ia dapat membantu penduduk di Sabah dan Sarawak.