awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Waktu operasi peniaga makanan dalam kawasan PKP di Sabah ditambah dua jam

Bernama
Bernama
24/04/2021
13:45 MYT
Waktu operasi peniaga makanan dalam kawasan PKP di Sabah ditambah dua jam
Kerajaan Sabah hari ini memberi kelonggaran tambahan dua jam beroperasi bagi peniaga makanan di lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah hari ini memberi kelonggaran tambahan dua jam beroperasi bagi peniaga makanan di lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.
Jurucakap kerajaan negeri mengenai COVID-19 itu berkata kelonggaran tersebut menyaksikan peniaga makanan antaranya pengusaha gerai, restoran dan kedai makan dapat menjalankan operasi mereka bermula 6 pagi hingga 8 malam.
"Sebelum ini, operasi perniagaan dihadkan sehingga 6 petang dan kelonggaran ini membolehkan pengusaha meneruskan perniagaan khususnya untuk berbuka puasa... kelonggaran ini berkuat kuasa hari ini," menurutnya dalam kenyataan di sini malam ini.
Beliau juga berkata satu kluster baharu COVID-19 direkodkan hari ini iaitu Kluster Dambai Inanam dengan jumlah kumulatif kes positif 19 orang dan kes indeks dipercayai mendapat jangkitan ketika menghadiri majlis pertunangan di Kampung Dambai di Mukim Kionsom di sini.
"Kes ini melibatkan komuniti di tiga daerah iaitu Kota Kinabalu, Inanam dan Kuala Penyu... kluster bertambah parah apabila seorang daripada individu dijangkiti di Kuala Penyu adalah guru yang kemudianmenjangkiti dua murid dalam kelas jagaannya," katanya.
Masidi juga berkata Sabah mencatat 132 kes baharu COVID-19 hari ini dengan empat daerah merekodkan jumlah tertinggi ialah Tawau (65 kes), Sandakan (19), Kota Kinabalu (16) dan Lahad Datu (13).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sabah
#waktu operasi
#peniaga makanan
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#Masidi Manjun
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan