awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wan Azizah hadiri upacara pengebumian BJ Habibie

Bernama
Bernama
12/09/2019
04:48 MYT
Wan Azizah hadiri upacara pengebumian BJ Habibie
Dr Wan Azizah akan menziarahi keluarga dan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham BJ Habibie di Kuningan Timur. - Gambar fail
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mengetuai delegasi Malaysia ke Jakarta, Indonesia bagi menghadiri upacara pengebumian bekas Presiden Indonesia ketiga Bacharuddin Jusuf Habibie atau lebih dikenali sebagai BJ Habibie, demikian menurut Wisma Putra.
Dr Wan Azizah dalam lawatan khas itu hari ini akan diiringi Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin serta pegawai pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Kementerian Luar.
Menurut kenyataan Wisma Putra hari ini, Dr Wan Azizah akan menziarahi keluarga dan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham BJ Habibie di Kuningan Timur.
Beliau juga akan menghadiri upacara pengebumian Allahyarham di Taman Makam Pahlawan Kalibata di Jakarta Selatan.
[Video] TPM @drwanazizah tiba di Jakarta, Indonesia bagi memberi penghormatan dan takziah Malaysia atas pemergian BJ Habibie pic.twitter.com/BuV0xr30XT
— BERNAMA (@bernamadotcom) September 12, 2019
BJ Habibie menghembuskan nafas terakhir semalam pada pada usia 83 tahun di Jakarta Pusat.
"Pemergian Allahyarham BJ Habibie yang merupakan seorang negarawan Indonesia, adalah satu kehilangan besar bukan sahaja bagi negara tersebut malah bagi seluruh rantau Asia Tenggara," kata Wisma Putra.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bacharuddin Jusuf Habibie
#BJ Habibie
#Dr Wan Azizah Wan Ismail
#Indonesia
#Jakarta
#Kementerian Luar
#Malaysia
#pengebumian bekas Presiden Indonesia
#Perdana Menteri
#Timbalan Perdana Menteri
#Wan Azizah Wan Ismail
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan