awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wan Azlan Ketua Polis Daerah Subang Jaya baharu

Bernama
Bernama
22/08/2022
13:58 MYT
Wan Azlan Ketua Polis Daerah Subang Jaya baharu
Wan Azlan sebelum ini adalah Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Polis Negeri Sembilan. - Gambar/ Bernama
PETALING JAYA: ACP Wan Azlan Wan Mamat dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Subang Jaya baharu menggantikan SAC Abd Khalid Othman yang kini menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan.
Wan Azlan sebelum ini adalah Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Polis Negeri Sembilan.
Majlis serah terima tugas berkenaan disaksikan Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed dan turut dihadiri barisan kepimpinan tertinggi Ibu Pejabat Polis Selangor.
Sementara itu, Wan Azlan dalam ucapannya berkata beliau berharap anggota IPD Subang Jaya dapat memberikan kerjasama sepenuhnya agar beliau dapat meneruskan kerja-kerja cemerlang Abd Khalid.
"Ketua polis daerah sebelum ini telah melakukan kerja yang cemerlang dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat di sini," katanya pada majlis berkenaaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di sini hari ini.
Arjunaidi dalam ucapannya berkata, beliau yakin Wan Azlan mampu menggalas tanggungjawab baharu yang diberikan dengan penuh amanah dan komitmen.
"Saya juga ingin merakamkan penghargaan terhadap khidmat bakti selama setahun sembilan bulan Abd Khalid sebagai ketua polis daerah, sumbangan dan pencapaian anda di Subang Jaya sentiasa membanggakan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#OCPD Subang Jaya
#Wan Azlan Wan Mamat
#OCPD baharu
#arjunaidi mohamed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan