Blogger, Wan Muhammad Azri Wan Deris menafikan bahawa beliau adalah blogger, Papagomo yang didakwa menyiarkan empat siri perkataan fitnah dalam laman blog Papagomo terhadap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun lalu.
Dalam sidang perbicaraan saman malu Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap blogger Papagomo di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta disini pada hari ini, ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat portal berita itu memberitahu mahkamah bahawa beliau bukanlah blogger Papagomo dan tidak pernah mendaftarkan namanya sebagai pengendali blog tersebut.
Dalam jawapan balasnya terhadap peguam plaintif, beliau menafikan bahawa beliau tahu dengan artikel-artikel dan imej-imej yang diterbit dalam blog tersebut.
"Saya tiada pengetahuan mengenai artikel-artikel dan imej-imej yang dipaparkan dalam blog tersebut. Saya hanya tahu ada kenyataan yang tertulis dalam satu blog dan imej tersebar apabila plaintif (Anwar) menyaman saya," kata Wan Muhammad Azri kepada mahkamah.
Beliau turut menerangkan bahawa beliau hanya mengendalikan blog, 'Malayrights.blogspot.com dan hanya menulis artikel-artikel di blog itu sahaja.
Perbicaraan pada hari ini menyaksikan blogger, 'PerisikRakyat atau Fauzi Mohd Azmi dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dipanggil sebagai saksi untuk memberikan keterangan dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Rosila Yop. Anwar selaku plaintif diwakili oleh peguam, N.Surendran dan Lateefa Koya manakala Wan Muhammad Azri pula diwakili oleh peguam, Jasbeer Singh Kaura, Parvinder Kaur Singh Sandhu dan S.Vivekananda.
Perbicaraan tersebut turut dihadiri oleh isteri Anwar yang juga Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, Naib Presiden Tian Chua dan beberapa penyokong mereka.
Malah, penyokong Wan Muhammad Azri juga turut dilihat hadir memberikan sokongan kepada beliau sambil memakai kemeja T berwarna putih tertulis "Keep Calm and Support Japan" sebagai simbolik mereka membantah tindakan penyokong Anwar yang membuat demonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Jepun pada minggu lalu berikutan kegagalan Anwar untuk memasuki Jepun.
Anwar telah memfailkan saman fitnah berjumlah RM100 juta terhadap Wan Muhammad Azri, yang juga pemilik laman blog www.papagomo.com pada 21 Mac tahun lalu.
Laman blog tersebut didakwa telah menyiarkan empat siri perkataan fitnah dalam laman web itu bertarikah 16, 17, 19 dan 20 Mac tahun lalu.
Plaintif juga menuntut ganti rugi am, teruk, teladan, faedah, kos, lain-lain relif yang difikirkan wajar.
Selain itu, satu injunksi bagi menghalang defendan daripada terus menerbitkan perkataan fitnah dan imej itu.
Sementara, Wan Muhammad Azri dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 20 Mei tahun lalu telah menafikan bahawa beliau pemilik blog 'Papa Gomo'.
Namun, peguam Latheefa Koya seperti dilapor Keadilandaily pada 8 Mei tahun lalu berkata polis sendiri telah mengesahkan identiti Wan Muhammad Azri Wan Deris sebenarnya adalah Papagomo.
Perbicaraan disambung esok pada jam 9.30 pagi.
Aizat Sharif
Mon Jan 27 2014
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.