KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan memfailkan bantahan awal di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini untuk membatalkan dua pertuduhan rasuah dihadapinya berkait Program Jana Wibawa, di mana keputusan itu akan diketahui pada 21 Julai ini.
Hakim Mahkamah Jenayah, Rozina Ayob mendengar hujahan lisan daripada pihak pembelaan yang diwakili Amer Hamzah Arshad dan Timbalan Pendakwa Raya Rashidah Murni.
Dalam hujahan, peguam bela, Amer Hamzah memaklumkan, dua pertuduhan dihadapi Wan Saiful mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 adalah 'cacat' dan tidak mempunyai maklumat yang lengkap.
"Secara ringkasnya, bantahan awal kami berkisar pertuduhan Datuk Wan Saiful, di mana kami mengatakan adalah cacat dan tidak mempunyai maklumat yang lengkap untuk membolehkan Datuk Wan Saiful membuat pembelaan yang efektif.
"Mana-mana individu yang didakwa di mahkamah perlu diberikan satu pertuduhan jelas dan nyata untuk membolehkan beliau membela diri.
"Secara ringkas itu bantahan kami bangkitkan, mahkamah telah mendengar hujahan dan mahkamah perlukan pihak untuk membuat hujahan lanjut yang difailkan secara hujahan bertulis dan mahkamah akan menetapkan keputusan pada 21 Julai sama ada untuk membenarkan atau menolak bantahan awal kami," jelasnya ketika ditemui Astro AWANI pada Selasa.
Ujarnya, ia kerana pertuduhan yang dihadapi Wan Saiful tidak dinyatakan masa dan tarikh spesifik kesalahan yang didakwa dilakukannya, sekali gus melanggar Seksyen 153 Kanun Tatacara Jenayah.
Menurutnya, pertuduhan itu juga tidak mengandungi butir-butir yang mencukupi untuk memberikan notis yang mencukupi kepada tertuduh mengenai kesalahan yang didakwa dilakukannya, sekali gus melanggar Seksyen 154 CPC.
Amer Hamzah turut menambah, mereka tidak memohon pembebasan penuh terhadap Wan Saiful, tetapi tertuduh diberi pelepasan tidak berjumlah pembebasan dalam kes itu.
Mengukut pertuduhan, Wan Saiful, 48, didakwa meminta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuk membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Central Spine Road: Sertik ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur daripada Kerajaan Malaysia secara pra kelayakan yang bernilai RM232 juta.
Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa menerima bagi dirinya satu suapan iaitu wang tunai sejumlah RM6.96 juta melalui akaun CIMB Bank milik syarikatnya WSA Advisory Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Syarikat Nepturis Sdn Bhd sebagai upah membantu mendapatkan Surat Setuju Terima (SST) bagi projek sama.
Wan Saiful didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana sekitar April 2022 dan CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku antara 8 Julai 2022 hingga 30 September 2022.
Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau denda RM10,000 atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Mahkamah jenayah menetapkan ikat jamin RM400,000 dan memerintahkan pasport Wan Saiful dirampas sementara menunggu kes selesai.
Fareez Azman
Tue Jun 27 2023

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan memfailkan bantahan awal di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini untuk membatalkan dua pertuduhan rasuah dihadapinya berkait Program Jana Wibawa. - Gambar fail/BERNAMA
13 maut dalam kebakaran asrama di Almaty
Sekurang-kurangnya 13 maut akibat kejadian kebakaran asrama yang berlaku Almaty, Kazakhstan, awal pagi Khamis.
Penternak anjing protes berhampiran pejabat Presiden Korea Selatan
Kira-kira 200 penternak anjing di Korea Selatan menganjurkan protes berhampiran pejabat Presiden di Seoul, mendesak kerajaan membatalkan rancangan mengharamkan amalan kontroversi memakan haiwan itu sejak beberapa abad lalu.
Pemberhentian perang Israel-Palestin dilanjutkan sehari
Israel dan Hamas hari ini bersetuju melanjutkan pemberhentian perang selama sehari lagi, enam minit sebelum perjanjian pemberhentian perang selama enam hari sebelum ini tamat.
Tebusan warga Thailand tiba di Bangkok
Ketibaan 17 tebusan warga Thailand yang ditahan di Semenanjung Gaza tiba di Bangkok pada petang Khamis, disambut ahli keluarga yang menunggu kepulangan mereka.
Persidangan bermula, bincang pembiayaan projek iklim, nilai kemajuan
Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP28) bermula di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi membincangkan isu mendesak berkaitan pemanasan global serta menilai kemajuan interim yang dicapai oleh masyarakat antarabangsa sejak Perjanjian Paris ditandatangani.
Delegasi, syarikat minyak perlu bekerjasama tangani perubahan iklim
Presiden COP28, Sultan Al Jaber menggesa pada delegasi untuk mencari titik persamaan dalam dasar bagi memenuhi matlamat iklim global.
Malaysia-India komited teroka bidang kerjasama baharu
Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Menteri Hal Ehwal Luar dan Pendidikan India, Dr Rajkumar Ranjan Singh di Kuala Lumpur pada Khamis
Perdana Menteri terima kunjungan hormat Prabowo
Menganggap Prabowo sebagai sahabat lama, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuan itu membincangkan pelbagai isu terkait kepentingan bersama Malaysia dan Indonesia.
Malaysia pertama di Asia Tenggara guna rangkaian komunikasi 4G
Malaysia bakal melakar sejarah sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan rangkaian komunikasi LTE-Railway (LTE-R) menggunakan 4G pada kereta api penumpang di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665km.
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara 6 bulan, denda RM500
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret Marang atas kesalahan menggantung dan mengibar bendera Israel.

Bersatu akan bincang isu MP Labuan dalam masa terdekat
Datuk Wan Saiful Wan Jan memaklumkan selepas perbincangan selesai, barulah keputusan akan diumumkan.

"Pertuduhan ke atas saya untuk alih perhatian kegagalan kerajaan" - Wan Saiful
Wan Saiful dakwa 18 pertuduhan pengubahan wang haram terhadapnya juga dibuat secara tergesa-gesa.

Adam Radlan didakwa guna hasil haram RM500,000
Adam Radlan Adam Muhammad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas satu pertuduhan menggunakan wang daripada aktiviti haram berjumlah RM500,000, bermula 2021 lalu.

Wan Saiful didakwa atas 18 pertuduhan pengubahan wang haram
Datuk Wan Saiful Wan Jan, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 18 pertuduhan pengubahan wang haram libatkan RM5.59 juta.

Wan Saiful tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan kes AMLA
Wan Saiful tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Rabu bagi menghadapi lebih 10 pertuduhan pengubahan wang wang haram.

Wan Saiful akan didakwa kes AMLA esok
Wan Saiful mengesahkan beliau diminta hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Rabu, bagi menghadapi kes baharu membabitkan pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA).

Wan Saiful berjaya dapatkan pasport untuk lawatan kerja ke Jepun
Ia bagi membolehkan beliau mengikuti urusan rasmi Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Infrastruktur Pengangkutan dan Komunikasi Parlimen Malaysia ke Jepun.

Wan Saiful gagal ketepi kes rasuah RM6.9 juta
atuk Wan Saiful Wan Jan gagal dalam permohonannya untuk mengetepikan dua pertuduhan rasuah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat.

Wan Saiful bercita-cita jadi KM Pulau Pinang - Nie Ching
Teo Nie Ching memulangkan paku buah keras kepada Wan Saiful yang dilihat cuba mencampuri urusan DAP.

'Jangan perasan, tiada siapa pun jemput hang masuk DAP' - Anthony balas Wan Saiful
Tiada sesiapa pun yang menjemput Wan Saiful Wan Jan untuk menyertai DAP, kata Anthony Loke.