SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu wang yang diberikan Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) kepada bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah sumbangan politik.
Ia bukannya rasuah kata bekas Pengarah UKSB Harry Lee Vui Khun ketika sesi soal balas oleh peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahamd Zahid dalam perbicaraan kes rasuah Sistem Visa Luar Negara (VLN).
Semalam, Lee memberitahu mahkamah bahawa syarikatnya membayar secara tunai dalam Dolar Singapura setiap bulan kepada Ahmad Zahid dari 2014 hingga 2018 berhubung Kontrak VLN.
Sementara itu ketika disoal seorang lagi peguam Ahmad Zahid, Datuk Ahmad Zaidi Zainal sama ada sumbangan politik itu adalah untuk UMNO, saksi itu berkata menurut kefahaman beliau ia adalah untuk kerajaan yang memerintah.
Saksi ke-15 pendakwaan itu juga bersetuju dengan Ahmad Zaidi beliau tidak dapat menerangkan perjalanan beliau atau memberikan bukti menunjukkan beliau ke rumah Ahmad Zahid untuk menyerahkan wang itu.
Ahmad Zaidi: Bila anda ke Country Height, Kajang tiada siapa boleh masuk tanpa kad akses dan pemandu perlu mendaftar di pondok pengawal. Adakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertanya kepada awak mengenai butiran itu?
Lee: Tidak
Lee juga bersetuju dengan Ahmad Zaidi bahawa SPRM tidak pernah mengarahkan beliau mengemukakan sebarang bukti seperti penyata Touch 'n Go untuk menunjukkan beliau pergi ke kediaman Ahmad Zahid.
Sebelum ini, semasa membacakan pernyataan saksinya, beliau berkata UKSB tidak pernah membuat pembayaran dalam akaun UMNO dan tiada resit dikeluarkan atau sebarang pengesahan mengenai pembayaran itu.
Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB ketika menjadi Menteri Dalam Negeri untuk melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan pusat sehenti (OSC) di China dan membekalkan sistem VLN serta mengekalkan perjanjian kontrak bagi membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh Kementerian Dalam Negeri.
Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa meminta SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan US$15,000 daripada syarikat sama yang mempunyai kaitan dengan tugas rasmi beliau.
Beliau didakwa melakukan semua kesalahan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya serta Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 19 2022

Semalam, Lee memberitahu mahkamah bahawa syarikatnya membayar secara tunai dalam Dolar Singapura setiap bulan kepada Ahmad Zahid dari 2014 hingga 2018 berhubung Kontrak VLN. - Gambar fail

Muktamar Pas: Tiada usul putuskan hubungan dengan UMNO diterima - Takiyuddin
Muktamar Pas: Tiada usul putuskan hubungan dengan UMNO diterima - Takiyuddin

AWANI Pagi: Pengisian merdeka bermula dari rumah
Kurang dua minggu sahaja lagi, kita akan menyambuat Hari Kebangsaan 31 ogos 2022, pastinya kehangatan menyambut itu semakin di rasai. Dengan konsep sambutan kali ini temanya: 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama'

3.78 juta ketibaan pelancong direkod di Thailand
Ketibaan itu terutamanya dari Malaysia, India dan Singapura menjana pendapatan 176 bilion baht.

Pesawat terlepas landasan, juruterbang dilapor tertidur ketika penerbangan
Insiden berlaku pada 15 Ogos lalu ketika pesawat Boeing 737-800 milik Ethiopian Airlines itu dalam perjalanan dari Khartoum ke Addis Ababa.

Ikan, ketam kena ujian calitan COVID-19 di Xiamen
Walaupun mungkin kelihatan luar biasa tetapi ia bukan kali pertama ikan hidup telah diuji untuk COVID-19.

Bateri saja tidak cukup, Jokowi mahu Tesla keluarkan kereta elektrik di Indonesia
Indonesia mahukan "ekosistem besar kereta elektrik" dan bukan hanya menggunakan sumber aslinya untuk membuat bateri.

'Saya tak harap jadi calon PRU15' - Altimet
Banyak kerja perlu difokuskan sebagai ketua cabang termasuk memikirkan strategi membantu jentera parti bersiap sedia menghadapi PRU15.

Mata malas atau ambliopia boleh pulih dengan pengesanan awal
Keadaan boleh dipulihkan dengan pengesanan awal serta rawatan sewajarnya untuk mengelakkan komplikasi masa depan yang teruk semasa dewasa.

Sapura Energy lupus tiga pelantar gerudi pada harga AS$8.2 juta
Sapura Energy berkata kesemua pihak telah memeterai memorandum perjanjian dengan pembeli pada 18 Ogos 2022.

Penjual ayam maut, motosikal dirempuh kereta
Mangsa meninggal di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.