awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 100 terkorban dalam serangan kumpulan bersenjata di tengah Nigeria - Sumber
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita bersama bayi perempuan maut nahas kereta, lori tangki

Sinar Harian
Sinar Harian
13/04/2024
02:15 MYT
Wanita bersama bayi perempuan maut nahas kereta, lori tangki
Anggota bomba cuba mengeluarkan mangsa yang tersepit. - Foto Sinar Harian
KOTA TINGGI: Seorang wanita bersama bayi perempuan maut manakala dua lelaki dan seorang kanak-kanak cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Tanjung Balau-Bandar Penawar, dekat Taman Sri Penawar di sini, pada Jumaat.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Khas Untuk Penyandang (KUP), Azlan Mat Sani dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Rengit, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan tersebut pada jam 1.38 petang.
Katanya, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi dengan sebuah lori tangki.
"PKO kemudiannya berjaya mengeluarkan penumpang kereta Perodua Myvi iaitu seorang wanita bersama seorang bayi perempuan didapati tersepit di bahagian penumpang dengan menggunakan peralatan khas RTA (Road Traffic Accident).
"Bagaimanapun, kedua-duanya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera dibawa ke hospital menaiki ambulans bagi menerima rawatan lanjut," katanya.
Dalam masa sama, seorang lelaki yang merupakan pemandu lori tangki berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Nahas
#lori tangki
#bayi perempuan
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan