awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita ditahan, dipercayai dera anak sehingga lebam, tercabut gigi
Bekas Jeneral Tentera Udara Filipina ditahan atas tuduhan hasutan
Banci Ekonomi 2026 meliputi 1.34 juta pertubuhan perniagaan di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita China ditahan guna dokumen palsu untuk ke luar negara

Bernama
Bernama
04/10/2025
08:40 MYT
Wanita China ditahan guna dokumen palsu untuk ke luar negara
Wanita itu ditahan di Balai Pelepasan Antarabangsa selepas pegawai bertugas mendapati sesuatu mencurigakan semasa pemeriksaan dokumen. - via Sinar Harian
PUTRAJAYA: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) menahan seorang wanita warga China disyaki menggunakan dokumen perjalanan palsu untuk berlepas ke luar negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 semalam.
AKPS dalam kenyataan hari ini, memaklumkan wanita 28 tahun itu ditahan kira-kita 6.30 petang di Balai Pelepasan Antarabangsa selepas pegawai bertugas mendapati sesuatu mencurigakan semasa pemeriksaan dokumen.
Wanita itu dijadualkan menaiki penerbangan ke Kunming, China pada 9.30 malam.
"Siasatan awal mendapati wanita itu mengemukakan pas elektronik bertarikh 22 Julai 2025 yang sah sehingga 20 Julai 2026, namun semakan mendapati dokumen berkenaan tidak wujud dalam sistem dan disyaki palsu serta diperoleh secara tidak teratur," menurut kenyataan itu.
AKPS memaklumkan wanita itu ditahan di Depot Imigresen KLIA2 untuk diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasaan KLIA bagi siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63.
AKPS menegaskan komitmen untuk memastikan kawalan di semua pintu masuk negara sentiasa pada tahap tertinggi dan tidak akan berkompromi terhadap cubaan penyalahgunaan dokumen perjalanan atau pelanggaran undang-undang imigresen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita ditahan
#warga china
#dokumen perjalanan palsu
#KLIA
#AKPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan