awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maryam Al Khawla dikebumi sebelah pusara abang
Polis terima laporan dakwaan kanak-kanak lelaki dianiaya di sebuah taska
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian bapa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita cuba dekati Sultan Nazrin dirujuk ke Hospital Bahagia

Bernama
Bernama
04/09/2025
00:30 MYT
Wanita cuba dekati Sultan Nazrin dirujuk ke Hospital Bahagia
Pada 1 Sept lalu, wanita yang cuba mendekati Sultan Perak di atas pentas utama ketika sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak, direman tiga hari untuk siasatan lanjut. --fotoBERNAMA
IPOH: Wanita tempatan yang cuba mendekati Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di atas pentas utama ketika sambutan rasmi Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak, dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), Tanjung Rambutan untuk pemantauan lanjut.
Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata wanita berusia 41 tahun itu dihantar ke hospital berkenaan mengikut peruntukan Akta Kesihatan Mental 2001 (Akta 615), selepas remannya berakhir semalam.
"Siasatan kes ini telah selesai dijalankan dan kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri Perak dan akan dimajukan ke Pejabat Peguam Negara, Putrajaya pada 4 Sept (esok) bagi mendapatkan arahan serta keputusan lanjut.
"Sebarang perkembangan lanjut berhubung keputusan kes akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak tepat kerana boleh mengganggu proses siasatan dan menggugat ketenteraman awam.
Wanita cuba dekati Sultan Nazrin dirujuk ke Hospital Bahagia
Pada 31 Ogos lepas, wanita yang mempunyai rekod rawatan psikiatri dan rekod lampau berkaitan dadah itu ditahan polis ketika cuba mendekati Sultan Nazrin di atas pentas utama ketika lagu kebesaran negeri Perak berkumandang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita cuba dekati Sultan Nazrin
#Hospital Bahagia
#kesihatan mental
#Noor Hisam Nordin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan