awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita curi gelang emas untuk langsaikan hutang kereta teman lelaki ditahan

Bernama
Bernama
20/12/2022
12:46 MYT
Wanita curi gelang emas untuk langsaikan hutang kereta teman lelaki ditahan
Wanita terbabit yang disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan telah pun dihukum penjara sehari dan didenda RM7,000. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Seorang wanita ditahan di sebuah pangsapuri di Rawang, Selangor kerana mencuri seutas gelang tangan emas dipercayai bagi melangsaikan hutang kereta milik teman lelakinya pada 16 Dis lepas.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata wanita berusia 22 tahun itu mengaku mencuri gelang tangan tersebut dari sebuah kedai emas di Port Dickson pada 7 Dis, sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Alza.
"Pada hari kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari, polis terima laporan daripada pembantu jurujual di kedai emas itu memaklumkan telah didatangi satu pasangan yang ingin membeli barang kemas, dan mengambil seutas gelang tangan emas pada 11.38 pagi.
"Suspek kemudian secara tiba-tiba telah membawa lari seutas gelang tangan tersebut dianggarkan berjumlah RM15,000, namun polis berjaya merampas kembali gelang tangan emas yang telah dipajak di sebuah kedai pajak gadai di bandar ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata wanita terbabit yang disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan telah pun dihukum penjara sehari dan didenda RM7,000.
Aidi Sham berkata polis kini masih mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan iaitu Muhammad Haikal Izhar, 20, beralamat di Bandar Sri Sendayan, dan mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Hazizi Abas di talian 019-3471916 / 06-6472344.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes curi
#kedai emas
#bayar hutang teman lelaki
#wanita ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan