KUALA LUMPUR: Wanita yang mendakwa dia dirogol oleh rakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di sebuah negeri, menghantar surat rasmi kepada polis menuntut penjelasan berkaitan perkembangan siasatan yang sudah berlarutan sejak Disember tahun lalu.
Beliau yang hadir bersama peguam, tiba di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sekitar jam 2.45 petang pada Rabu sebelum keluar lebih kurang 30 minit kemudian selepas selesai menyerahkan surat tuntutan terbabit.
Peguambela, Asheeq Ali Sethi Alivi berkata, beliau mewakili anak guamnya akan memfailkan saman sivil jika pihak polis gagal untuk memberi respons selepas tujuh hari bermula Rabu.
"Kejadian berlaku pada 5 Disember tahun lalu dan laporan dibuat pada hari sama, tetapi sudah hampir sembilan bulan kami masih belum menerima sebarang perkembangan berkenaan siasatan kes ini.
"Surat pertama kami hantar pada 10 Jun lalu menerusi email rasmi IPK Kuala Lumpur namun sehingga kini tiada maklum balas diterima, jadi hari ini saya terpaksa hantar lagi surat secara bertulis," katanya kepada pemberita di hadapan IPK Kuala Lumpur pada Rabu.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan kejadian berkenaan seorang wanita berusia 33 tahun yang membuat laporan polis selepas didakwa dirogol oleh dua orang rakan kepada ADUN tersebut.
Menurut laporan tersebut, mangsa mengatakan bahawa dia mempunyai ingatan samar berhubung apa yang berlaku setelah berkaraoke, namun mendakwa ADUN berkenaan menolongnya untuk berjalan kerana dirinya lemah dan hampir pengsan.
Mengulas lanjut, Asheeq Ali berkata, beliau menyifatkan tempoh siasatan yang terlalu lama itu tidak boleh diterima lebih-lebih lagi apabila siasatan kes lain yang membabitkan pemimpin pembangkang hanya mengambil masa satu hingga tiga bulan sahaja sebelum dituduh di mahkamah.
Tegasnya, sebagai pengadu, anak guamnya berhak untuk mengetahui perkembangan kes tersebut untuk mendapatkan keadilan buat dirinya.
"Pada bulan Mei pihak polis memberitahu bahawa mereka hampir menyelesaikan kes tetapi sehingga sekarang masih tiada khabar berita.
"Untuk isu anak guam saya tarik balik laporan, kami sudah membuat laporan semula dan memberi bukti kukuh bahawa ada pihak yang memberi tekanan serta memaksa beliau untuk menarik laporan (awal) tersebut," jelasnya
Pada masa sama, beliau berkata, surat tuntutan saman sivil akan turut dikeluarkan kepada semua yang terlibat dalam kejadian yang berlaku pada malam sambutan hari jadi anak guamnya itu.
Sehubungan itu, beliau meminta pihak polis agar menjalankan siasatan secara telus walaupun kes tersebut melibatkan individu berprofil tinggi di dalam kerajaan.
"Saya tahu kes ini melibatkan nama-nama besar dalam kerajaan tetapi saya minta polis supaya berlaku adil kerana Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan mengatakan semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang," katanya.
Artikel asal disiarkan Sinar Harian: Wanita dakwa dirogol rakan ADUN tuntut penjelasan siasatan kes
Sinar Harian
Wed Aug 11 2021
Asheeq Ali berkata, beliau mewakili anak guamnya akan memfailkan saman sivil jika pihak polis gagal untuk memberi respons selepas tujuh hari bermula Rabu. - Gambar/ Sinar Harian
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah
Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan memperuntukkan sebanyak RM60 juta tahun depan untuk memperhebat usaha menjadikan kawasan DUN Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan.
DUN Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 - Ruddy Awah
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan
Peguam individu terlibat dengan penyebaran video yang didakwa berkaitan isu rasuah melibatkan seorang ADUN pernah mengadakan pertemuan dengan SPRM untuk mendapatkan perlindungan.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.
Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki
Tiada sebarang aduan diterima berkaitan rakaman audio didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit setakat ini.
Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.
Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.
PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan
Tuan Ibrahim berkata, ia berikutan landskap politik yang berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.