KUALA LUMPUR: Seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menyembunyikan wang berjumlah USDT202,992.36 (RM894,787.12) dalam akaun mata wang kripto, milik seorang ahli perniagaan warga Singapura, tahun lepas.
Elaine Lee, 27, yang bekerja di bahagian pentadbiran sebuah syarikat swasta, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman.
Mengikut pertuduhan utama, tertuduh didakwa menyembunyikan wang berjumlah USDT202,992.36 (RM894,787.12) kepunyaan Sim Kwang Kai Andrian, 45, yang dimasukkan ke dalam akaun wallet address (akaun mata wang kripto) milik tertuduh yang tertuduh mengetahui wang tersebut bukan miliknya.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit apartment di Jalan Bangsar di sini pada 21 Dis sehingga 23 Dis 2022, mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Elaine juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu gagal memberikan penjelasan memuaskan bagaimana dia memiliki wang tersebut pada tempat dan tarikh sama.
Pertuduhan mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) yang membawa hukuman denda sehingga RM1,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Lim Chooi Yi menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin manakala peguam Lim Yoi Ping yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya menanggung keluarga selain memberi kerjasama baik sepanjang siasatan polis.
Mahkamah membenarkan wanita itu diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Mei depan untuk sebutan kes.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 11 2023
Elaine Lee, 27, yang bekerja di bahagian pentadbiran sebuah syarikat swasta, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman. -Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Wanita didakwa sembunyi wang ahli perniagaan
Seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menyembunyikan wang berjumlah USDT202,992.36 (RM894,787.12) dalam akaun mata wang kripto, milik seorang ahli perniagaan warg