MALAYSIA
Wanita dilapor hanyut di Sungai Triang ditemukan lemas, jasad terapung selepas tiga hari

Mayat mangsa ditemui terapung oleh orang awam kira-kira jam 8 pagi. -Foto ihsan PDRM
BERA: Seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu selepas kereta yang dinaiki bersama anaknya terjunam ke dalam Sungai Triang berhampiran Pasar Ayam Kerayong di sini, ditemui lemas pada pagi Rabu.
Ringkasan AI
- Seorang wanita, Sakirah Akop, 31, yang hilang selepas kereta dinaikinya bersama anaknya terjunam ke dalam Sungai Triang, Bera, ditemui lemas tiga hari kemudian dalam keadaan terapung oleh orang awam.
- Mangsa sempat menyerahkan anak perempuannya kepada suaminya sebelum dihanyutkan arus deras; kereta yang dipercayai bergerak sendiri akibat gear dalam posisi drive berjaya dinaikkan sehari sebelum mayat ditemui.
- Operasi mencari dan menyelamat yang melibatkan 92 anggota dari pelbagai agensi ditamatkan selepas mayat mangsa dibawa ke jeti dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Bera untuk tindakan lanjut.
Menurutnya, pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang melibatkan pelbagai agensi segera bergerak ke lokasi penemuan dan tiba pada jam 8.40 pagi.
“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke jeti dan diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke Unit Forensik Hospital Bera bagi tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau memaklumkan, operasi hari ketiga yang melibatkan seramai 92 anggota daripada pelbagai agensi ditamatkan secara rasmi pada jam 9.30 pagi.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari Isnin, mangsa sempat menyerahkan anak perempuannya yang berusia setahun empat bulan kepada suaminya, Abdul Wahid Randa, 32, yang juga anggota tentera, sebelum dihanyutkan oleh arus deras sungai.
Sebelum itu, mangsa bersama anaknya berada di dalam kereta jenis Perodua Bezza yang berada kira-kira lapan meter dari lokasi suaminya sedang memancing.
Menurut Zulkiflee, siasatan awal mendapati gear kereta berada dalam kedudukan ‘drive’, dipercayai tertolak secara tidak sengaja, menyebabkan ia bergerak sendiri dan terjunam ke dalam sungai.
Kereta tersebut berjaya dinaikkan kira-kira jam 12.30 tengah hari pada Selasa. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami