awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita dipenjara dua minggu kerana curi tuala, pewangi, makanan ringan

Bernama
Bernama
03/03/2017
06:32 MYT
Wanita dipenjara dua minggu kerana curi tuala, pewangi, makanan ringan
Mahkamah memerintahkan wanita yang tidak bekerja itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 28 Februari lepas. - Gambar hiasan
Seorang wanita terpaksa merengkok di penjara selama dua minggu dan membayar denda RM400 kerana mencuri tuala, pewangi rumah dan makanan ringan di sebuah pasar raya, bulan lepas.
Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhkan hukuman itu ke atas Amira Nabilah Azizullah, 24, selepas dia mengaku bersalah mencuri sehelai tuala, seunit soket elektrik, satu pewangi rumah, sebungkus biskut, sebotol Nescafe dan dua bungkus coklat yang keseluruhannya berjumlah RM157.60.
Mahkamah memerintahkan wanita yang tidak bekerja itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 28 Februari lepas dan memerintahkan dia dipenjara sebulan lagi jika gagal membayar denda.
Tertuduh melakukan kesalahan itu di pasaraya Tesco Ampang, Jalan Muhibbah, Dataran Pandan Prima, di sini pada 8.15 malam, 28 Februari lepas dan didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.
Berdasarkan fakta kes, pengawal keselamatan pasar raya telah melihat tertuduh mengambil beberapa barangan dan memasukkan ke dalam begnya tanpa membuat bayaran dan ketika ditahan, tertuduh bertindak agresif serta enggan bekerjasama.
Terdahulu ketika rayuan, Amira Nabilah yang tidak diwakili peguam, memberitahu dia telah berkahwin dan memohon hukuman ringan manakala Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak memohon hukuman setimpal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#curi tuala
#denda
#kes mahkamah
#tesco ampang
#wanita dipenjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan