awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita direman bantu siasatan kes guru maut

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
29/07/2022
15:09 MYT
Wanita direman bantu siasatan kes guru maut
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang guru lelaki yang dipercayai telibat dalam satu pergaduhan. - Gambar hiasan
KULIM: Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang guru lelaki yang dipercayai telibat dalam satu pergaduhan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Datuk G Suresh Kumar berkata, wanita berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya Ayer Itam, Pulau Pinang kira-kira jam 4 pagi hari ini.
“Polis telah mendapatkan perintah tahanan reman selama lima hari bermula hari ini sehingga 2 Ogos untuk membantu siasatan.
“Wanita terbabit merupakan kenalan mangsa yang bekerja sebagai penolong pegawai sebuah agensi kerajaan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
G Suresh memaklumkan, siasatan awal polis mendapati mangsa yang juga guru pendidikan moral dipercayai terbabit dalam pergaduhan dengan beberapa lelaki di sebuah restoran kerana dia didakwa menyimpan gambar bogel wanita terbabit di dalam telefon bimbitnya.
BACA: Guru dilapor maut selepas terlibat dalam pergaduhan
Katanya, kerana tidak berpuas hati wanita itu meminta rakan lelakinya memberi amaran kepada mangsa supaya memadam semua gambar tersebut.
Namun G Suresh berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan mengesan rakan wanita terbabit bagi membantu siasatan.
Semalam Astro AWANI melaporkan seorang guru maut ketika menerima rawatan di Hospital Kulim.
Mangsa dihantar oleh rakannya ke hospital selepas isteri mangsa melihat mangsa dalam keadaan kritikal.
Topic Berkaitan
#reman
#wanita
#guru maut
#pergaduhan
#Kulim
#Ayer Itam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan