awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Kes 1MDB: Najib akan fail rayuan pada Isnin - Shafee
NFDP-AMD: Ong Kim Swee tahu selok-belok bola sepak negara -- Razman Roslan
'Apa yang saya risau FAM bergantung kepada laporan polis tapi tidak lakukan pembetulan dalam tadbir urus'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita, dua anak saudara dipatuk ular tedung tikus

Sinar Harian
Sinar Harian
18/06/2021
23:42 MYT
Wanita, dua anak saudara dipatuk ular tedung tikus
Seorang anggota bomba menunjukkan ular tedung tikus yang berjaya ditangkap di bilik air di rumah berkenaan. -Foto Sinar Harian
SEKINCHAN: Seorang wanita yang sedang memandikan dua anak saudaranya berdepan detik cemas apabila ketiga-tiga mereka dipatuk ular tedung tikus di dalam bilik air rumah mereka di Kampung Tali Air 7, Ban Lesen Sekinchan, di sini pada Jumaat.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.26 petang.
Menurutnya, seramai tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Sebaik kami tiba ke lokasi kejadian, jiran memaklumkan mangsa berusia 24 tahun dan dua anak saudaranya berusia setahun dan tiga tahun telah dibawa suami wanita terbabit ke Hospital Tanjong Karang untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan medianya pada Jumaat.
Hafisham berkata, pihaknya mengambil masa selama tiga minit menangkap ular terbabit menggunakan peralatan khas.
"Kami difahamkan kesemua mangsa dilaporkan stabil dan diberikan rawatan serta dibenarkan pulang.
"Ular terbabit bukanlah spesies berbisa dan kemudian dilepaskan ke kawasan lebih selamat serta jauh daripada penempatan penduduk," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Wanita, dua anak saudara dipatuk ular tedung tikus
Topic Berkaitan
#ular tedung tikus
#Kampung Tali Air 7
#Ban Lesen
#Sekinchan
#Hafisham Mohd Noor
#Balai Bomba dan Penyelamat
#JBPM
#BBP
#spesies berbisa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan