KUALA LUMPUR: Seorang ejen insurans gagal dalam usahanya untuk mencabar dakwaan penukaran agamanya kepada Islam secara sepihak ketika dia masih kecil oleh bapanya.
Ia diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Noorin Badaruddin yang menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh wanita berusia 42 tahun itu terhadap ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan kerajaan Malaysia, selaku responden pertama hingga ketiga.
Hakim Noorin dalam penghakimannya memutuskan bahawa dalam hal yang berkaitan dengan Islam, Perlembagaan Persekutuan telah memberikan kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk menentukannya.
"Mahkamah Sivil tidak boleh memasuki bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah untuk menentukan perkara yang berkaitan dengan agama Islam.
"Adalah sangat tidak wajar bagi mahkamah ini sebagai Mahkamah Sivil untuk menentukan kesahihan penukaran agama mana-mana orang sama ada orang itu beragama Islam atau tidak kerana ia termasuk dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah menurut Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan," kata hakim itu semasa prosiding dalam talian hari ini.
Hakim Noorin berkata berkaitan permohonan perintah mandamus wanita itu terhadap responden MAIS, mahkamah berkata ia tidak boleh mengeluarkan perintah mandamus mengarahkan MAIS membatalkan atau menggugurkan nama pemohon daripada 'Daftar Muallaf' kerana pemohon tidak pernah membuat permohonan dan/atau meminta pihak berkaitan berbuat demikian sebelum pemfailan semakan kehakiman itu.
"Pihak yang berkenaan ialah Pendaftar Muallaf yang kewajipan berkanunnya ditetapkan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Mahkamah ini bersetuju dan mendapati kewajipan berkanun itu tidak dikenakan ke atas MAIS.
Hakim berkata pemohon mempunyai hak untuk menganuti dan mengamalkan agama pilihannya, dan untuk perkara itu, wanita tersebut masih mempunyai remedi undang-undang sedia ada untuk membebaskannya daripada Islam.
"Saluran yang betul ialah di Mahkamah Syariah iaitu di bawah Seksyen 61 (3)(b)(x) enakmen itu, Mahkamah Tinggi Syariah diberi bidang kuasa untuk mengisytiharkan seseorang itu bukan lagi beragama Islam.
"Selepas itu, dia boleh meneruskan permohonan supaya namanya dikeluarkan daripada Daftar Mualaff dan membuat permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk menukar namanya dan menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya," kata hakim.
Hakim Noorin yang memetik kes Indira Ghandi berkata terdapat banyak bukti yang menunjukkan golongan ibu mengambil langkah yang perlu untuk mencabar penukaran agama anak-anak oleh suami pada masa kanak-kanak itu masih di bawah umur.
"Tindakan beliau yang diambil di hadapan Mahkamah Sivil adalah wajar kerana dia bukan seorang Muslim dan tidak berada dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Pemohon juga menegaskan bahawa sejak dia berumur 18 tahun, dia bukan lagi seorang Muslim.
"Ibu pemohon tidak pernah mencabar penukaran agamanya kepada Islam oleh bapanya ketika pemohon masih di bawah umur. Afidavit (ibunya) untuk menyokong afidavit pemohon bahawa dia tidak pernah memberi persetujuan untuk penukaran agama itu, hanya dibuat ketika permohonan semakan kehakiman ini difailkan oleh pemohon.
"Hujah bahawa penukaran agamanya adalah tak sah ab initio adalah tidak jelas dan menjadi lebih merugikan bahawa pemohon sendiri tidak pernah mencabar penukaran agamanya dengan menggunakan saluran undang-undang yang betul dan untuk mendapatkan pengisytiharan bahawa penukaran agamanya adalah batal dan tidak sah ketika dia mencapai umur 18 tahun.
"Perkara itu dicabar baru-baru ini ketika dia berusia hampir 40 tahun. Bukan mahkamah ini yang dapat mengisytiharkan bahawa pemohon adalah seorang Buddha apabila bukti dokumen menunjukkan dia telah memeluk Islam pada usia 10 tahun.
"Hakikatnya adalah bahawa ibunya tidak pernah mencabar penukaran agama pemohon pada masa material. Keputusan mahkamah ini bahawa ini bukan kes ab initio atau dalam perkataan lain, ini bukan kes yang pemohon tidak pernah beragama Islam.
"Mahkamah ini mendapati bahawa tidak ada pelanggaran undang-undang, tidak rasional atau ketidakwajaran prosedur atau tidak berperlembagaan di atas tindakan ketua pengarah JPN yang menolak untuk menerima dan memproses permohonan pemohon untuk menggantikan kad pengenalan dengan nama baharu dan tanpa perkataan Islam, melainkan dia memberikan apa-apa perintah Mahkamah Tinggi Syariah.
"Tindakan oleh ketua pengarah JPN adalah mengikut undang-undang. Permohonan pemohon ditolak tanpa perintah mengenai kos," kata hakim.
Pada 12 Nov 2020, wanita itu memfailkan permohonan semakan kehakiman antaranya memohon perintah mandamus untuk mengarahkan responden pertama (ketua pengarah JPN) mengeluarkan kad pengenalan gantian kepadanya dengan nama baharu, selaras dengan Peruntukan 14 (4) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.
Dia juga memohon perintah mandamus untuk mengarahkan responden pertama menggugurkan perkataan 'Islam' daripada kad pengenalan gantian itu, selaras dengan peruntukan di bawah peraturan 5 (2) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, dibaca bersama Jadual Pertama kepada Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.
Permohonan itu dibuat atas alasan ketika kanak-kanak, wanita itu telah didaftarkan sebagai seorang Muslim oleh responden MAIS atas permohonan bapanya tetapi tanpa kebenaran ibunya dan ini bertentangan dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Wanita itu juga tidak pernah memeluk agama Islam setelah mencapai umur dewasa dan pada setiap masa material hanya menganuti dan mengamalkan agama Buddha.
Pada prosiding hari ini, wanita itu diwakili peguam Dr Shamsher Singh Thind manakala Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi bertindak bagi pihak ketua pengarah JPN dan kerajaan. MAIS diwakili peguam Kamaruzaman Arif.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 22 2022
Hakim Noorin dalam penghakimannya memutuskan bahawa dalam hal yang berkaitan dengan Islam, Perlembagaan Persekutuan telah memberikan kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk menentukannya. - Gambar hiasan/ Bernama
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
Wanita gagal batal status peluk Islam
Seorang ejen insurans gagal dalam usahanya untuk mencabar dakwaan penukaran agamanya kepada Islam secara sepihak ketika dia masih kecil oleh bapanya.
Majlis Peguam: Pertukaran agama anak perlu berpandukan perlembagaan
Kontroversi pertukaran agama terhadap dua kanak-kanak berusia lima dan lapan tahun kepada agama Islam di Negeri Sembilan pada April 2013 tidak berlandaskan perlembagaan.