KULIM: Seorang wanita yang masih bersuami dan hamil lima bulan dicekup berkhalwat dengan seorabg lelaki bujang di rumah sewa wanita itu di Kulim Hi-Tech, di sini, tengah malam tadi.
Pasangan itu dicekup oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) pada jam 12.06 tengah malam selepas menerima aduan berhubung kejadian itu.
Pegawai Penguat kuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, selepas mengetuk pintu dan memberi salam hampir enam minit, pintu dibuka wanita berusia 27 tahun itu dan kemudian membenarkan mereka masuk ke dalam rumah berkenaan.
Beliau berkata, hasil siasatan menemui seorang lelaki di sebuah bilik di rumah itu dan hasil soal siasat mendapati mereka bukanlah suami isteri atau mahram.
"Ia menimbulkan syak berlakunya khalwat di rumah itu dan mereka ditahan untuk tindakan lanjut.
"Wanita itu bekerja di Kulim manakala suaminya pula bekerja di Ipoh, Perak dan mereka dipercayai baru tujuh bulan berkahwin.
"Bagaimanapun kesempatan tinggal berjauhan itu diambil oleh wanita berkenaan ketika suaminya tiada di rumah untuk membawa lelaki itu tinggal bersamanya," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Anwar Sharifudin berkata, hasil soal siasat mendapati, wanita itu sudah setahun berkenalan dengan lelaki itu disebabkan mereka bekerja di syarikat sama.
Katanya, ketika ditahan, lelaki berusia 28 tahun itu memberi alasan hanya singgah sekejap di rumah wanita itu namun pemeriksaan lanjut mendapati dia tinggal di situ lebih dari sehari berdasarkan penemuan pakaiannya yang banyak di rumah itu.
"Pasangan itu ditahan dan dibawa ke balai polis berhampiran untuk dibuat laporan dan tangkapan serta diambil keterangan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Feb 24 2024
Selepas pegawai PADK mengetuk pintu rumah dan memberi salam hampir enam minit, pintu dibuka wanita tersebut yang kemudiannya membenarkan mereka masuk. - Foto PADK
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Wanita hamil 5 bulan dicekup khalwat
Menurut PADK, wanita itu bekerja di Kulim manakala suaminya bekerja di Ipoh dan mereka dipercayai baru tujuh bulan berkahwin.
UNRWA bergelut sediakan penjagaan untuk 50,000 wanita hamil di Gaza
Terdapat kira-kira 50,000 wanita hamil di Semenanjung Gaza dengan lebih 180 kelahiran setiap hari.
50,000 wanita hamil di Gaza, 180 kelahiran setiap hari
Doktor dan bidan sedang melakukan segala yang mungkin untuk menyediakan penjagaan wanita hamil selepas bersalin.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
50,000 wanita hamil di Gaza tidak dapat khidmat kesihatan asas - UNFPA
Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) berkata 50,000 wanita hamil di Semenanjung Gaza tidak memperoleh akses perkhidmatan kesihatan asas.
50,000 wanita hamil tiada akses air bersih di Gaza - PBB
Matlamat mangsa di Gaza khususnya kaum wanita yang hamil pada masa ini hanyalah untuk bernafas bagi meneruskan kehidupan.
Wanita mengandung sembilan bulan curi gelang emas RM45,000
Suspek berusia 36 tahun direman tiga hari hingga 11 Jun bagi membantu siasatan, manakala suspek berusia 29 tahun yang mengandung sembilan bulan dilepaskan dengan jaminan polis.
Britain galakkan perokok tukar kepada vape
Wanita hamil yang merokok pula akan ditawarkan insentif kewangan untuk membuat perubahan menukar rokok kepada vape.
Unit Udara Bomba bantu wanita Orang Asli hamil ke hospital
Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan pemindahan perubatan (Medevac) membawa seorang wanita hamil yang mengalami komplikasi dari Kampung Orang Asli Peroh.
Wanita hamil cedera diserang anjing jiran di Cheras
Seorang wanita mengalami kecederaan dipercayai diserang seekor anjing milik jirannya ketika cuba menghalang haiwan itu daripada menyerang anak-anaknya.