awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Britain galakkan perokok tukar kepada vape

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
11/04/2023
03:50 MYT
Britain galakkan perokok tukar kepada vape
Hampir satu daripada lima perokok akan diberikan 'vape' iaitu kit permulaan bersama sokongan untuk membantu berhenti merokok. - Gambar hiasan
SERAMAI 1 juta perokok di Britain akan digalakkan menukar rokok dengan rokok elektronik atau 'vape'.
Selain itu, wanita hamil yang merokok akan ditawarkan insentif kewangan untuk membuat perubahan tersebut.
Menurut Kementerian Kesihatan Britain, di bawah skim itu, hampir satu daripada lima perokok akan diberikan 'vape' iaitu kit permulaan bersama sokongan untuk membantu berhenti merokok.
Wanita hamil juga akan ditawarkan baucar untuk membantu mereka menghentikan tabiat itu sebagai sebahagian daripada sasaran kerajaan untuk mengurangkan bilangan perokok kepada 5 peratus atau kurang daripada populasi13 peratus sekarang.
Menurut Menteri Kesihatan, Neil O'Brien, Dua daripada tiga perokok tegar akan mati akibat merokok.
"Rokok adalah satu-satunya produk dijual yang akan membunuh anda jika digunakan dengan betul.
"Kami akan menawarkan sejuta perokok bantuan baharu untuk berhenti. Kami akan membiayai skim 'swap to stop' nasional yang baharu yang pertama seumpamanya di dunia," katanya.
Kementerian Kesihatan Britain berkata, walaupun kadar purata merokok di seluruh dunia lebih tinggi daripada di Britain, tembakau masih merupakan punca kematian dan penyakit yang boleh dicegah tertinggi di negara ini.
"Kerajaan membelanjakan 68 juta pound (RM373 juta) pada 2021-22 untuk tindakan pihak berkuasa tempatan supaya orang ramai berhenti merokok, menyebabkan 100,000 perokok berhenti dan mengurangkan tekanan pada Perkhidmatan Kesihatan Negara Britain.
'Vaping' bagaimanapun mempunyai pengkritiknya dan pegawai kesihatan telah memberi amaran popularitinya di kalangan kanak-kanak mendedahkan mereka kepada bahan kimia yang kesan jangka panjangnya tidak jelas.
Angka perkhidmatan kesihatan menunjukkan 9 peratus daripada 11 hingga 15 tahun remaja di Britain telah menggunakan e-rokok pada 2021, meningkat daripada 6 peratus tiga tahun sebelumnya.
Kerajaan berkata, ia akan menubuhkan skuad penguatkuasaan yang disokong oleh 3 juta pound (RM16 juta) dalam pembiayaan untuk menghalang penjualan 'vape' secara haram kepada bawah 18 tahun.
Topic Berkaitan
#rokok
#vape
#wanita hamil
#Neil O'Brien
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan