Wanita Islam perlu tampil ke hadapan dengan berusaha meningkatkan kemahiran dan potensi, memanfaatkan bakat dan keupayaan keusahawanan agar dapat melihat kemajuan jangka panjang yang tulen dalam masyarakat Islam.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, untuk mencapai matlamat ini, kaum Adam hendaklah mengubah sikap dan lebih menyokong kepada kaum Hawa.
Beliau berkata, lelaki Islam perlu membuang sikap cauvinis yang diwarisi dalam beberapa budaya tempatan.
"Kita tidak mungkin dapat capai keadilan sosial dengan hanya bersandarkan terjemahan yang condong dan tidak adil. Maruah manusia, kesejahteraan dan peningkatan taraf masyarakat tanpa mengira jantina, kaum, taraf atau etnik dalam masyarakat yang tergolong aman dan bertoleransi adalah paling penting.
"Tetapi semua ini hendaklah termasuk kaum lelaki," katanya pada ucaptama beliau pada Forum Kepimpinan Islam (WMLF) di Lambeth Palace di selatan London, pagi Khamis.
Dr Wan Azizah, yang tiba di sini semalam untuk lawatan rasmi selama tiga hari ke United Kingdom, bersama para pemimpin Islam yang lain dari pelbagai rantau dunia ini bagi membincangkan isu penting, mendepani cabaran dan menyediakan penyelesaian inovatif untuk menyingkir persatuan-persatuan yang wujud antara pengganas dan Islam.
Dalam ucaptama beliau bertajuk "The Role of Women and Girls in Achieving Sustainable Development Goals (SDGs) by 2030", Timbalan Perdana Menteri menekankan bahawa sudah tiba masanya untuk mempunyai satu penyepaduan perspektif jantina yang sistematik dalam pelaksanaan dan pengawasan SDGs.
Beliau berkata, penerapan SDGs oleh semua pemimpin dunia pada 2015 adalah dengan matlamat untuk mencapai kemajuan yang berterusan dan janji tidak meninggalkan sesiapa pun di belakang.
"Pada masa sekarang, di negara-negara luar, wanita dan kanak-kanak perempuan masih berhadapan pelbagai bentuk diskriminasi," katanya kepada kira-kira 200 perwakilan pada WMLF yang berlangsung selama dua hari itu.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa SDGs masih tidak cukup kerana menumpukan hanya pada sosial, ekonomi dan aspek fizikal pembangunan sahaja.
Dengan mencadangkan langkah utama diperlukan untuk menyemai Maqasid Syariah iaitu melindungi kepercayaan (addeen), melindungi diri daripada mudarat (nafs), melindungi intelek (aql), melindungi zuriat (nasl) dan melindungi kekayaan (mal), beliau berkata Maqasid Syariah tidak berat sebelah kepada jantina, kenegaraan, etnik atau status sosial.
Beliau berkata kerajaan boleh mewujudkan dasar dan program untuk menyokong SDGs, namun perubahan peribadi di peringkat pemimpin individu yang boleh menetapkan pencapaian SDGs
"Untuk memulakan SDGs ia perlu dimulakan dengan mempunyai pemimpin yang tepat yang memiliki rasa tanggungjawab peribadi bagi mencapai tujuan itu. Ia mengenai menyalurkan 'rahmah' dan seterusnya melihat tujuan kepada semua 17 perkara dalam SDGs.
"Peringkat tertinggi pembangunan peribadi ialah mencapai ehsan," kata Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.
Bagaimanapun, beliau berkata masyarakat Islam masih dibendung oleh banyak halangan kerana pengamal ajaran Islam dalam kalangan ramai Islam terus dibentuk oleh tradisi dan budaya tempatan.
"Intoleransi dan pemikiran yang sempit masih menghantui pertumbuhan intelektual kita," kata wanita pertama memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri di Malaysia, yang dilantik dalam Kabinet pada Mei.
Beliau juga berkongsi beberapa pengalaman pentadbiran baru Malaysia dalam merangsang wanita dan remaja perempuan dalam mencapai sasaran SDGs.
Beliau berkata, antaranya inisiatif i-SURI bagi mengukuhkan keselamatan sosial kepada surirumah, MySMELady yang diwujudkan khas kepada usahawan wanita dan penubuhan Child Friendly Cities.
Terdahulu, setibanya di Lambeth Palace, Dr Wan Azizah disambut oleh Pengerusi WMLF, Datuk Seri Mohamed Iqbal Rawther, Presiden Institut Strategi Antarabangsa (ISI) Tan Sri Michael Yeoh, Setiausaha Agung WMLF Dr Husna Ahmad Obe dan Prof Jocelyne Cesari of Cadbury Centre for Public Understanding of Religion.
Yang turut hadir ialah Setiausaha bagi Inter Religious Affairs to the Archbishop of Canterbury Reverend Dr Richard Sudworth dan WMLF European Patron Lord Sheikh of Cornhill dan Pengerusi Dalla al Baraka Group Sheikh Saleh Abdullah Kamel.
Forum dua hari itu bertemakan 'The Role of Muslim Leadership in Rebuilding Islam's Global Image', bertujuan menangani masalah dihadapi oleh dunia Islam seperti perang saudara yang menyebabkan penghijrahan secara besar-besaran, pembunuhan kejam, tindakan pengganas dan ekstrimis, dan kewujudan Islamophobia.
Ia memberi tumpuan kepada empat aspek kritikal iaitu mewujudkan naratif baru mengenai Islam; mengukuhkan kepimpinan Islam di semua peringkat sosio-ekonomi dan lanskap politik, kedudukan wanita dan peranan wanita dalam membentuk semula naratif Islam yang baru; dan mewujudkan platform bagi pemimpin Islam menawarkan penyelesaian kepada masalah semasa seperti pendidikan belia, keusahawanan dan pembangunan mampan.
--BERNAMA
Bernama
Thu Dec 06 2018
Dr Wan Azizah menyampaikan ucaptama pada Forum Kepimpinan Muslim Dunia (WMLF) 2018 di Lambeth Palace, London, 6 Dis, 2018. --fotoBERNAMA
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Wanita Islam perlu tampil ke hadapan - Dr Wan Azizah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, untuk mencapai matlamat ini, kaum Adam hendaklah mengubah sikap dan lebih menyokong kepada kaum Hawa.