awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita jadi tebusan kejadian rompakan bank di Ipoh

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
24/12/2019
14:13 MYT
Wanita jadi tebusan kejadian rompakan bank di Ipoh
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, lelaki tersebut menyerbu masuk ke dalam bank dan mengacukan pistol ke arah pelanggan berkenaan.
Seorang perompak bersenjatakan pistol menjadikan pelanggan wanita sebagai tebusan sebelum melarikan wang tunai RM28,000 dalam kejadian rompakan sebuah bank di Taman Silibin, di Ipoh pada Selasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, lelaki tersebut menyerbu masuk ke dalam bank dan mengacukan pistol ke arah pelanggan berkenaan.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Asisten Komisioner Zaihairul Idrus berkata, ketika kejadian, terdapat tiga orang pelanggan sahaja di dalam bank berkenaan.
Menurutnya, perompak itu yang memakai topi keledar berpenutup penuh menggunakan seorang pelanggan wanita berusia lingkungan 50-an sebagai tebusan sambil mengugut pekerja bank agar menyerahkan wang.
"Dengan menggunakan pelanggan sebagai tebusan untuk mengugut pekerja bank untuk memberi mereka duit, pihak bank telah memberi wang daripada kaunter sebanyak lebih kurang RM28,000 dan suspek terus melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Katanya, tiada sebarang tembakan dilepaskan, namun mangsa yang mengalami trauma telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk mendapatkan rawatan.
Menurut Zaihairul, penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek masuk ke dalam bank melalui pintu di bahagian mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebelum melarikan diri menaiki sebuah kereta yang menunggu di luar bank.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Hospital Raja Permaisuri Bainun
#rompakan bank
#rompakan bank di Ipoh
#Taman Silibin
#tebusan wanita
#wanita tebusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan