KUANTAN: Seorang peniaga wanita mengalami kerugian RM18,350 selepas terpedaya dengan seorang wanita yang kononnya ejen kepada bomoh berkebolehan membantunya mengutip hutang bulan lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa berusia 25 tahun itu mendakwa berkenalan dengan suspek dikatakan berasal dari Sarawak pada 16 April lepas di kedai kosmetiknya di sini.
"Mangsa mendakwa hubungan mereka semakin rapat apabila sering bertemu sehingga dia menceritakan masalah hutang yang dihadapinya dengan seorang lelaki yang tidak menjelaskan bayaran selepas mengambil barang.
"Suspek dikatakan memberitahu mangsa bahawa dia mengenali seorang bomoh dan mengajaknya untuk berubat bagi melembutkan hati pemiutang itu supaya segera memulangkan wang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata suspek mengarahkan mangsa membayar RM1,500 secara tunai pada 15 April lepas, sebagai upah kepada bomoh itu disusuli dengan pelbagai bayaran lain termasuk menyerahkan seutas gelang tangan emas sehingga jumlah besar RM18,350.
Mangsa mendakwa dia menyerahkan gelang emas dan wang kepada suspek atas dasar percaya memandangkan suspek semakin kerap datang ke kedainya, selain dijanjikan bahawa barang kemas dan sebahagian daripada wang itu akan dipulangkan selepas tamat 'proses perubatan', katanya.
"Mangsa mendakwa dia mula berasa curiga apabila orang yang berhutang dengannya masih tidak menjelaskan bayaran selepas hampir sebulan berubat, menyebabkan dia mula meminta suspek memulangkan semua gelang dan wang miliknya.
"Bagaimanapun suspek dikatakan bukan setakat enggan berbuat demikian, malah mengugut mangsa untuk menghantar santau dan memberitahu telah meletakkan bungkusan kain berwarna kuning dan merah dalam kedai mangsa.
"Mangsa yang bimbang dengan ugutan itu, telah mencari bungkusan kain itu dan apabila dibuka, mendapati ia hanya berisi cebisan kotak," katanya.
Mohd Wazir berkata mangsa akhirnya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 12 2021
Mangsa mendakwa dia menyerahkan gelang emas dan wang kepada suspek atas dasar percaya. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
'Bomoh' mengaku tidak bersalah tuduhan curi, pecah rumah
Seorang lelaki yang digelar 'bomoh' mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan mencuri dan melakukan pecah rumah di beberapa lokasi di Kangar.
Bomoh didakwa rogol gadis hingga hamil
Seorang bomoh didakwa merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap gadis berusia 15 tahun sehingga mengandung, tahun lalu.
Alasan buang 'pendamping', bomoh rogol pelajar empat kali
Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat dicabul dan dirogol sebanyak empat kali oleh seorang bomoh yang mendakwa terdapat 'pendamping' pada badan mangsa.
Bomoh didakwa cabul pesakit
Seorang bomoh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas dakwaan mencabul kehormatan seorang wanita dalam kejadian pada 26 Jun lalu.
Bomoh warga emas nafi cabul pesakit
Mangsa mendakwa diarah berkemban dan mandi sebelum tertuduh memulakan proses rawatan sehingga cuba meraba alat sulit wanita berkenaan.
Bomoh didakwa rogol bakal pengantin
Tertuduh didakwa merogol seorang wanita yang berusia 23 tahun dengan menggunakan kedudukan sebagai pengamal perubatan.
Seorang bomoh ditahan, disyaki rogol wanita ketika rawatan tradisional
Dalam kejadian itu, mangsa bersama ibu dan bakal suaminya, telah ke rumah suspek untuk mendapatkan rawatan tradisional.
Lelaki saman bomoh selepas gagal pulihkan masalah rumah tangga
Dalam memfailkan saman tersebut, Restrepo mahu Adams membayar ganti rugi sebanyak AS$25,000.
Remaja perempuan dakwa dicabul bomoh ketika rawatan
Seorang remaja perempuan mendakwa dicabul pengamal perubatan ketika menerima rawatan di rumah keluarganya di Pasir Tumboh, dekat sini, dalam satu kejadian 2 Ogos lalu.
Polis siasat bomoh didakwa dipukul sekumpulan lelaki
Polis Kelantan mengesahkan menerima satu laporan melibatkan seorang bomoh berusia 39 tahun yang mendakwa dipukul sekumpulan lelaki berkaitan isu 'Sihir 7 Keturunan'.