awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lok Bonu Sepanggar

Bernama
Bernama
05/03/2025
01:40 MYT
Wanita maut dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lok Bonu Sepanggar
Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh menimpa sebuah rumah di Kampung Lok Bunu, Sepanggar, Kota Kinabalu. - Foto JBPM Sabah/Sinar Harian
KOTA KINABALU: Seorang wanita maut dalam kejadian tanah runtuh melibatkan sebuah rumah di Kampung Lok Bonu Jalan Sepanggar di sini awal pagi tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 4.32 pagi sebelum 10 anggota dari Balai Bomba Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Apabila tiba di lokasi, pasukan operasi mendapati berlaku hakisan tanah runtuh dan menimbus sebuah rumah jenis tidak kekal menyebabkan kerosakan 100 peratus.
"Terdapat dua mangsa terlibat iaitu seorang wanita yang tertimbus dan berjaya dikeluarkan oleh bomba namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi kejadian, manakala anak lelakinya selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 7 pagi tadi.
--BERNAMA
,
Topic Berkaitan
#JBPM Sabah
#tanah runtuh
#Kampung Lok Bonu Sepanggar
#maut
#wanita maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan