awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut digilis lori muatan batu ketika berbasikal

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
12/10/2021
04:25 MYT
Wanita maut digilis lori muatan batu ketika berbasikal
Lokasi kejadian di Simpang Tiga Kampung Kilang Ubi di mana mangsa maut selepas digilis lori muatan batu. -Foto ihsan PDRM
SIK: Seorang wanita maut selepas digilis sebuah lori muatan batu di Simpang Tiga Kampung Kilang Ubi, dekat sini, hari ini.
Kejadian dipercayai berlaku jam 9 pagi ketika mangsa Nor Nazirah Jamaluddin, 41, sedang menunggang basikal bersendirian.
Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah lori membawa muatan batu yang membelok ke kiri dipercayai tidak perasan kelibat mangsa yang sedang mengayuh basikal lalu melanggarnya sehingga mangsa dan basikalnya terperosok di bawah lori.
Menurut Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman, mangsa disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Hospital Sik yang tiba di lokasi tidak lama kemudian.
“Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kaki maut di tempat kejadian.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sik untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Menurut Abdull Razak, pemandu lori terbabit tidak mengalami kecederaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau membahayakan.
Topic Berkaitan
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#Nor Nazirah Jamaluddin
#Simpang Tiga Kampung Kilang Ubi
#digilis lori muatan batu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan