awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki melecur terperangkap dalam kebakaran di Tanjung Tokong
Poster ‘Dikehendaki’ Netanyahu ditampal di seluruh London
JKDM Kelantan rampas rokok seludup bernilai hampir RM1 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut dihempap pokok tumbang

Astro Awani
Astro Awani
20/06/2018
08:35 MYT
Wanita maut dihempap pokok tumbang
Mangsa disahkan maut ditempat kejadian oleh pasukan paramedik dan mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk dibedah siasat. - Foto Astro AWANI
Sorang wanita ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, menemui ajal selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap dahan pokok di Jalan Ayer Keroh Lama, Bukit Beruang di sini pagi tadi.
Dalam kejadian sekitar jam 8 pagi itu, mangsa Intan Syahira Ahmad Safri, 23 tahun, difahamkan dalam perjalanan dari rumah sewanya di Bukit Beruang ke tempat kerjanya di sebuah kilang di Taman Perindustrian, Taman Tasik Utama, di sini hari ini.
Sebaik mangsa tiba di lokasi kejadian, dahan pokok tiba-tiba patah lalu menghempapnya.
Mangsa disahkan maut ditempat kejadian oleh pasukan paramedik dan mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk dibedah siasat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Mohd Kamal Zainal ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Topic Berkaitan
#mangsa
#mati
#maut
#Pokok tumbang
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan