awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut dipercayai dikelar suami

Bernama
Bernama
21/07/2016
07:55 MYT
Wanita maut dipercayai dikelar suami
Mayat wanita itu ditemui dengan keadaan leher yang hampir putus akibat dikelar dan kejadian dipercayai berlaku akibat cemburu kerana mangsa dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. -Gambar hiasan
Seorang wanita ditemui mati dipercayai akibat dikelar suaminya di sebuah hotel bajet di Taman Sentosa di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata wanita berumur 21 tahun itu didapati dibunuh dengan pisau.
"Kejadian terbabit terbongkar apabila suaminya yang juga berumur 21 tahun menyerah diri di Balai Polis Sentral di sini kira-kira 5 petang semalam.
"Lelaki itu datang ke balai polis dan mengaku dia membunuh isterinya. Di lokasi kejadian, kami turut menemui pisau yang dipercayai digunakan untuk membunuh di bilik hotel tersebut.
"Mayat wanita itu ditemui dengan keadaan leher yang hampir putus akibat dikelar dan kejadian dipercayai berlaku akibat cemburu kerana mangsa dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata turut didapati dua tikaman di bahu dan dada mangsa.
Sulaiman berkata berkata pasangan tersebut berasal dari Melaka dan mereka menginap di hotel itu sejak Selasa lepas sebelum lelaki tersebut mencari pekerjaan di Singapura.
Beliau berkata lelaki tersebut pernah bekerja di Singapura sebagai tukang paip, namun kini berhenti bekerja.
Lelaki berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah, katanya.
Topic Berkaitan
#hotel bajet
#hubungan sulit
#mati dikelar suami
#Sulaiman Salleh
#Taman Sentosa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan