awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua pertahanan Jepun, AS sahkan pakatan dua hala tidak goyah
Terpedaya iklan hartanah? Pembeli ada enam tahun untuk ambil tindakan undang-undang
Kerajaan sokong titah Sultan Selangor bantah aktiviti LGBT
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut jatuh dari tingkat 14 pangsapuri di Semenyih

Naz Raseed
Naz Raseed
29/08/2025
00:00 MYT
Wanita maut jatuh dari tingkat 14 pangsapuri di Semenyih
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan paha oleh pembantu perubatan yang turut hadir di lokasi. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga tempatan berusia 48 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 14 sebuah pangsapuri di Semenyih semalam.
Menurut saksi kejadian yang juga pengawal keselamatan bangunan, mangsa dilihat duduk di balkoni rumahnya sebelum terjatuh ke kawasan parkir kenderaan.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam berhubung insiden itu kira-kira jam 5.18 petang.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan paha oleh pembantu perubatan yang turut hadir di lokasi.
Mayat dibawa ke Hospital Kajang untuk tujuan bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Polis dalam pada itu meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berdekatan atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mu’az Mazlan di talian 017-9788804.
Topic Berkaitan
#jatuh dari tingkat 14
#jatuh pangsapuri
#wanita maut
#Semenyih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan