awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Objek disyaki serpihan dari angkasa ditemukan di pesisir pantai di Pekan
VM2026 di KL Sentral: Pelawat teruja terima cenderamata, akui rakyat Malaysia peramah
VM2026: LADA rancang 50 acara besar, tonjol tarikan asli Langkawi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut kemalangan babit tiga kenderaan di Setiu

Bernama
Bernama
18/07/2024
14:40 MYT
Wanita maut kemalangan babit tiga kenderaan di Setiu
Seorang wanita maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di kilometer (KM) 35.5 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu pada kira-kira 12.50 tengah hari tadi. - Foto Sinar Harian
BANDAR PERMAISURI: Seorang wanita maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di kilometer (KM) 35.5 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu pada kira-kira 12.50 tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Supt Mohd Zaub Mat Dris berkata kemalangan itu yang melibatkan bas persiaran, lori dan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu mangsa, Nik Nabilah Nik Abdul Ghaffar, 36, berlaku berhampiran pintu gerbang sempadan daerah Setiu.
Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku apabila MPV jenis Toyota Avanza yang dipandu mangsa dari arah Besut ke Kuala Terengganu hilang kawalan lalu bergesel dengan bahagian sisi belakang sebelah kanan lori yang datang dari arah bertentangan.
"Pada masa sama kenderaan dipandu mangsa turut bertembung dengan bahagian hadapan bas pesiaran yang juga datang dari arah bertentangan.
"Kemalangan itu turut menyebabkan anak mangsa, Wan Muhammad Aqil Wan Zulkhairi, 16, yang berada di tempat duduk belakang luka tangan kanan, manakala pemandu dan kelindan lori serta pemandu bas tidak mengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd Zaub berkata Wan Muhammad Aqil telah dihantar ke Hospital Setiu untuk rawatan, manakala mayat ibunya dihantar ke hospital sama untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MPV
#kemalangan tiga kenderaan
#Setiu
#Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan