awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suruhanjaya Eropah berikan 40,000 tiket kereta api percuma kepada belia
Setitis sumbangan, sejuta harapan: Rumah kebajikan di Rawang bakal dijual, kanak-kanak rayu bantuan
Peguam Nick Reiner tarik diri daripada kes bunuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut kenderaan dihanyutkan kepala air di Gua Musang

Sinar Harian
Sinar Harian
23/11/2025
03:30 MYT
Wanita maut kenderaan dihanyutkan kepala air di Gua Musang
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian ialah lemas. - Gambar hiasan
GUA MUSANG: Seorang wanita ditemukan maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki bersama dua rakan lain dihanyutkan kepala air di Jambatan Nombor Dua, Kampung Pulai di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choo Foo berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 10.30 malam.
Menurutnya, sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux yang dinaiki seorang lelaki warga tempatan dan seorang wanita warga Thailand serta mangsa yang merupakan warga Indonesia dihanyutkan arus ketika dalam perjalanan ke Ladang KLC.
“Ketika melalui kawasan berkenaan sekitar jam 8.30 malam, kepala air secara tiba-tiba turun sebelum menghanyutkan kenderaan mereka.
“Lelaki dan wanita warga Thailand itu berjaya menyelamatkan diri, namun mangsa dipercayai hilang dibawa arus,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Menurut beliau, pada jam 4.15 pagi Jumaat, penduduk menemui mangsa di tebing sungai kira-kira satu kilometer dari lokasi kenderaan hanyut dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.
Ujarnya, mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian ialah lemas.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi serta menghormati privasi keluarga mangsa. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#banjir kelantan
#kepala air
#mangsa maut
#kes lemas kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan