awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
JAS siasat kejadian ikan mati di Sungai Tekai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut motosikal dilanggar kereta dipandu warga asing

Sinar Harian
Sinar Harian
28/10/2024
01:20 MYT
Wanita maut motosikal dilanggar kereta dipandu warga asing
Seorang penunggang motosikal maut apabila terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki warga asing di Jalan Lama, Masai di Johor Bahru, pada Ahad. Gambar kecil: Sohaimi. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Seorang penunggang motosikal maut apabila terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki warga asing di Jalan Lama, Masai di sini, pada Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak, kemalangan dipercayai berlaku sekitar jam 10.30 pagi apabila wanita berusia 22 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego Avantiz dalam perjalanan ke tempat kerjanya dilanggar kereta jenis Naza dipandu seorang warga asing berusia 33 tahun.
“Siasatan mendapati motosikal tersebut telah dilanggar oleh sebuah kereta yang memasuki laluan bertentangan ketika memotong kereta lain.
“Akibat perlanggaran itu, wanita berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian anggota badan.
“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat,” katanya.
Pemandu kereta telah ditahan dan hasil ujian air kencing yang dilakukan mendapati dia bebas daripada dadah.
Permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Johor Bahru.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 menyebabkan kematian kerana memandu melulu dan berbahaya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penunggang motosikal maut
#warga asing
#wanita maut
#kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan