awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut motosikal rempuh kereta

Sinar Harian
Sinar Harian
29/05/2023
04:42 MYT
Wanita maut motosikal rempuh kereta
Mangsa menunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Ladang, Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya di sini pada Ahad. -Foto Sinar Harian
KUALA SELANGOR: Seorang wanita maut selepas motosikal ditunggang merempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Ladang, Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya di sini pada Ahad.
Kemalangan jam 12.15 tengah hari itu menyebabkan mangsa berusia 20 tahun yang beralamat di Bestari Jaya meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ramli Kasa berkata, polis menerima maklumat kejadian kemalangan melibatkan dua kenderaan itu pada jam 12.37 tengah hari.
"Siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal jenis WMOTO 15 dalam perjalanan dari Jalan Ladang menuju ke Bestari Jaya.
"Pada sama, kereta Proton Persona dipandu seorang lelaki berusia 48 tahun sedang bergerak lurus, namun secara tiba-tiba motosikal ditunggang mangsa yang datang dari simpang sebelah kanan tidak memberhentikan kenderaannya lalu merempuh bahagian kanan kereta tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Ramli berkata, akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia dan dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat.
"Proses bedah siasat akan dijalankan setelah pihak Hospital menerima keputusan saringan COVID-19, manakala pemandu kereta mengalami cedera ringan pada bahagian tangan kanan," katanya.
Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#motosikal
#Kampung Jaya Setia
#motosikal rempuh kereta
#Bestari Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan