awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut selepas ambil anak dari sekolah

Astro Awani
Astro Awani
05/03/2019
08:00 MYT
Wanita maut selepas ambil anak dari sekolah
Mayat Mariani dan dua anaknya dikeluarkan Bomba dan anggota Bridget Sukarelawan Yayasan Jariah Malaysia (BSYJM) dengan memotong bahagian hadapan bumbung kereta Perodua Myvi terbabit. - Gambar Astro AWANI
Seorang wanita maut, manakala dua anaknya parah, apabila kereta mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Felda Teloi Timur, Sik, Kedah pada Selasa.
Dalam kejadian 12 tengah hari itu, mangsa Mariani Razak, 35 tahun, bersama dua anaknya sedang dalam perjalanan pulang selepas mengambil anaknya dari sekolah tidak jauh dari lokasi kejadian..
Sebaik tiba di lokasi kejadian lori yang dipandu Ismail Hassan, 68 tahun, datang dari arah bertentangan cuba memotong sebuah kenderaan bagaimanapun tidak lepas lalu bertembung dengan kereta Perodua Myvi sehingga mengakibatkan kereta terpusing dan terbabas pada besi pembahagi jalan.
Mayat Mariani dan dua anaknya dikeluarkan Bomba dan anggota Bridget Sukarelawan Yayasan Jariah Malaysia (BSYJM) dengan memotong bahagian hadapan bumbung kereta Perodua Myvi terbabit.
Pemandu lori yang turut mengalami cedera parah di bahagian kepala dan tangan berjaya dikeluarkan 30 minit kemudian ekoran tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.
Mayat Mariani dan mangsa yang cedera di hantar ke Hospital Sik untuk bedah siasat dan rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman, mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#cedera parah
#keluarga
#kemalangan
#kereta
#mangsa
#maut
#Perodua Myvi
#sekolah
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan